Wednesday, November 6, 2013

MOIST CHOCOLATE CUPCAKES


Moist chocolate cupcake
Oleh:NoorZie Gee
Like:www.facebook.com/bukuresepi

(Hidangan 13 biji)

Bahan A :

  • 1 cawan serbuk koko ( tak kisah jenama apa pun )
  • 1 cawan gula perang @ gula pasir
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan susu pekat

Bahan B :

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji telur (suhu bilik)
  • Cawan cup secukupnya

Cara2 nya:
1. Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. Api kecil. Sejukkan.
2. Pukul telur sampai betul2 kembang (lebih kurang 5 minit ++) kemudian masukkan bahagian A.
3. Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati.
4. Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seelok2nya tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). kacau sebati selama 5 minit
5. Masukkan adunan ke dalam cup dan susun dalam loyang yang di lapik kertas foil. Papepun pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.
6. kukus selama 1 jam dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu..). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa
7. angkat ... Kalau rajin boleh letak topping..

Topping :

** coklat masakan ~ dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter

Caranya :
- Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler
- Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair
- Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair. Curahkan ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi kek.
- Hiaskan mengikut kretiviti.. saya tabur coklat rice.

Marvelous!!!

No comments:

Post a Comment