photo 417272mey8pz5lfi-Copy.gif
Showing posts with label Diari ibu. Show all posts
Showing posts with label Diari ibu. Show all posts

Monday, November 4, 2013

Eryna sebulan...

sayu..nak tidur...
hehehe... ibu #throwback jap. Maklumlah busy sangat.
Anak ibu sebulan pada 2/10 lalu.
Seorang anak yang sangat comel dan tidak banyak meragam.
Cuma oleh kerana kuningnya lambat sembuh Eryna mungkin sedikit meragam.

Eryna naik sedikit dari berat mula lahirnya. 2.58kg menjadi 2.95kg. Kecil comel anak ibu.
Melihatnya membesar dengan sihat menjadikan ibu lebih bersyukur dan semangat,
Sekarang ni, kalau shopping online pun nampak barang baby jer.

Anugerah terindahku. #Alhamdulillah

pipi Eryna makin bam-bam...

Saturday, September 28, 2013

Nama diberi

Sepatutnya ibu post lama dah tentang pemberiaan nama anak ibu. Tapi sibuk dengan isu jaundis yang nampaknya sudah beransur pulih. Aamiin. Muka anak ibu nampak lebih cerah kalau tidak kekuningan jer. Cuma yang membimbangkan 2hb Oktober ni, kena bawa dia ke klinik lagi sekali. Darahnya akan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk ujikaji mengenai prolonged jaundice. Mencari sebab musabab kenapa kuningnya lambat hilang. Moga anak ibu normal daripada masalah hati. 

Opss! Jauh ibu melalut ni, kembali semula ke niat asal.
Anak ibu diberi nama pada hari ke-7 kelahirannya iaitu pada 8hb September 2013 (Ahad). Nasib baiklah, kami dah dibenarkan dicharge dari wad. Hampir sudah ke maghrib masa nak tetapkan namanya. Ibu geram juga dengan En.Suami yang baru nak buka tab mencari senarai nama. Sedangkan masa mengandung lagi kami sudah bersedia dengan pelbagai nama. 

Ibu memberi nama depannya, 'Durrah' yang bermaksud mutiara. Ibu sangat suka dengan mutiara, masa kahwin dulu veil ibu penuh dengan mutiara (bukan asli hehehe....). Ibu reka sendiri. 

Bising ibu pada En.Suami, akhirnya ibu suarakan agar cari bermula dengan huruf 'E'. Ibu bagi penghormatan kepada En.Suami yang loving & caring sangat pada ibu. Akhirnya, kami berdua setuju dengan nama akhirnya 'Eryna' yang bermaksud cantik. Kemudian, azan maghrib dilaung indah dari surau berdekatan. Alhamdulillah, puteri kesayangan kami sudah punyai nama. Sehingga kini, dia serasi dengan nama tersebut.
Ramai bertanya kenapa suka sangat dengan nama 'Durrah'. Sebenarnya nama tersebut kepunyaan puteri Abu Lahab. Durrah Binti Abu Lahab adalah seorang anak yang baik. Meskipun ayahnya seorang musuh Islam, yang sangat bencikan Nabi Muhammad SAW.

Nanti ibu postkan serba sedikit tentang muslimah sejati ini ya.
DURRAH ERYNA
Mutiara yang cantik

Petua Hilangkan Jaundis (jaundice)

Hakikat sebenarnya ibu sebenarnya nak sangat ikut nasihat doktor, HANYA SUSU IBU. Tapi bila anak ibu masih belum menunjukkan tanda turun bacaan jaundisnya, ibu mulai buntu. Sehingga melebihi dua minggu anak ibu memasuki fasa prolonged jaundice. Walaupun bacaannya di bawah 250 (jika lebih perlu dirujuk ke hospital), ibu masih berulang alik ke klinik menghantar darah. Kasihan anak ibu, tangisannya itu membengkakkan hati ibu. En.Suami yang setia di sisi memberi ibu kekuatan. 

"sembuhkanlah anakku ya Allah.."
"astaghfirullah al 'azim"

Ibu buntu, ibu cari di internet segala petua yang ibu rasa tidak memberi risiko kepada anak ibu, ibu cuba. Ibu mertua, kakak ipar, Mama, Wan, ibu saudara yang di Pahang turut berkongsi pelbagai petua dengan ibu. Tidak lupa juga kawan-kawan di FB dan Deakinianz... Oh! Terima Kasih kerana berkongsi.

Fasa pertama:
  1. Jaundice Herbal Bath (orang panggil ubat Cina). Tapi bila ibu tengok packagingnya macam keluaran Jepun jer... Mandi dan bilas.
  2. Air anggur hitam
Fasa Kedua :
  1. Jaundice Herbal bath. Mandi dan tidak dibilas semula.
  2. Mandi dengan air daun kucai, ibu tidak suka baunya dan ibu dapat bayangkan kulit anak ibu mengalami gatal-gatal. Juga dibilas semula dengan air suam.
  3. Air zam-zam
  4. Air anggur hitam
  5. Titisan (2/3 titik jer) susu kambing segar ke dalam mulut anak ibu, manakala ibu turut minum sebotol. Malangnya ibu mengalami sakit kepala selepas meminum susu kambing. Gagal diteruskan.
Fasa Ketiga:
  1. Mandi dengan air ramasan daun belimbing buluh.
  2. Air zam-zam 1/2 sudu kecil
  3. Hisapan madu (ibu celup jari kelinking ibu dan suapkan ke mulut anak. suka dia mengisap!)
  4. 1 sudu kecil air sengkuang cina.
Fasa yang terakhir memberi impak yang positif kepada anak ibu. 3 Hari lagi dia akan sebulan, dan bacaan jaundis yang terakhir dari 243-->217-->184. Sudah di bawah 200. Pada hari ke 21 kelahirannya, jururawat desa datang ke rumah. Anak ibu sudah naik berat badannya iaitu 2.9kg. Alhamdulillah, syukur sangat. Patutlah pipinya makin chubby

"Ya Allah, peliharalah puteri kesayanganku dengan rahmat kasih sayangMU. Lindungilah dia dari segala yang tidak diingini. Hanya padaMU ku memohon pertolongan. Aamiin ya Rabb"

Saturday, September 21, 2013

4 Hari di Wad 2B

Lumrah, sesiapa wanita yang bersalin secara pembedahan akan dipantau dan di rawat paling kurang 3 hari.Ibu masih berbaring dan jururawat yang tukarkan maternity pad ibu. Kesan ubat bius pada hari pertama ialah rasa gatal merenyam di muka. Macam alergi makanan laut pun ada. Hari kedua, gatal miang itu merebak ke seluruh badan. Aduhai, tangan ni usah cakaplah memang nak menggaru saja. Apabila ubat bius mulai berkurangan, kaki sudah boleh bergerak. Sudah malam tadi tak tidur memangku anak ibu hingga ke pagi. Nasib baik ada nursing pillow. Tangan tak lenguh mana. Lagipun anak ibu ringan je, 2.58kg. Tengok anak ibu tidur lena, rasa tenang sangat. Ibu lupa rasa sakit ibu. 

KakNgah yang sediakan makanan untuk ibu sebab Mama temankan ibu semalaman di hari pertama selepas bersalin. Lapar tunggu En.Suami yang penyabar setia berulang alik dari Nilai ke Putrajaya setiap hari. Yelah, boleh datang pada waktu melawat je. (Tengahari 12:00-2:30 dan Petang 4:30-7:00). Sepanjang di wad ibu berkenalan dengan Kak Suraya yang selamat bersalin c-section macam ibu pada minggu kandungannya ke 36. Anak kembar lagi tu. Mama banyak membantunya juga kerana pada hari pembedahan baru ibunya datang melawat. Mama memang jenis peramah dan mudah mesra. Boleh masuk pasukan sukarelawan ni. 

Malam kedua, ibu di datangi seorang jururawat. Sebenarnya, ibu sudah memerhatikannya pada hari pertama masuk wad. Mukanya seperti ibu kenal. Ibu bertanya namanya. "Shahira" Ibu bertanya lagi tentang asalnya. Ya! Dia adalah rakan sekelas ibu di Abu Bakar School, Mentakab. Kelas 6 Putih. Sungguh tidak disangka. Sepanjang ibu di wad, Shahira lah yang merawat dan memeriksa kesihatan ibu dan anak pada waktu malam. Lupa pula ibu nak minta nombor handphonenya. Bayangkan dari darjah 6 hingga umur ibu sudah 27tahun, baru berjumpa lagi. Kecil dunia ni.

Ibu terpaksa bermalam sehari lagi, kali ini ibu rasa sangat mencabar. Ibu perlu uruskan anak sendirian kerana tiada lagi peneman dibenarkan. Terkial-kial ibu ke tandas. Seksa tapi ibu perlu bergerak supaya darah berjalan. Ibu disuntik dua kali untuk mencairkan darah. Bengkak lengan, bengkak pula paha ibu. Tapi, ibu redha demi menjamin kesihatan ibu. Lagipun, ibu perlu kuat untuk menjadi seorang IBUkan. Ibu beberapa kali terlena ketika menyusukan anak. Jururawat yang datang kejutkan ibu, bimbang anak terjatuh katanya. Ibu memang tak dapat tidur, mungkin ibu terlalu risau dan kekok lagi. 

Hari ketiga, anak ibu di periksa. Shahira cakap sudah nampak kuning. Anak ibu diletakkan di bawah phototheraphy dan kami dibenarkan pulang apabila bacaannya ok. Luka ibu juga kering cuma ibu kecewa kerana ada kulit ibu yang terkelupas ketika doktor muda mencabut pita pelekat. Pedih sangat bila disembur pada luka untuk elak infection. Terpejam mata ibu menahan pedih. Nak marah doktor pun tak sampai hati. Redha jelah.....

Leganya dapat pulang ke rumah.

Tuesday, September 10, 2013

Jaundice mulai menyerang

Hari ke-4, jururawat yang bertandang ke rumah sewa ibu di Nilai (KLIA), minta ibu bawa anak ke Klinik Kuarters KLIA untuk buat pemeriksaan jaundice. Sebab sudah nampak di kulitnya. Mama dan En.Suami yang pergi kerana ibu masih belum kuat untuk berjalan jauh. Nak balik dari Hospital Putrajaya ke rumah pun En.Suami terpaksa memandu perlahan, kurang 80km/j.
Sedihnya ibu, apabila anak ibu terpaksa di bawa ke dailycare Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban kerana bacaan kuningnya agak tinggi untuk bayi yang kecil dan ringan beratnya. Ibu terpaksa gagahkan diri untuk pergi sejauh 45minit perjalanan ke Seremban. Ini kerana anak ibu masih menyusu badan. Ibu memang ketika mengandung lagi sudah berniat mahu menyusukan anak secara eksklusif sehingga ke 2 tahun. Aamiin. Setibanya di sana, anak ibu perlu diletakkan di bawah phototheraphy. Berat anak ibu ditimbang. OMG! Ya Allah, beratnya turun dari 2.58kg ke 2.3kg. Jururawat cakap memang begitu selalunya. Oleh kerana, anak ibu beratnya kurang daripada 2.5kg, dia perlu masuk wad. Ibu, mama dan anak di bawa ke bangunan utama HTJ Tingkat 6, Wad khas untuk bayi. rawatan rapi. Ibu tidak berhenti menangis mengenangkan anak ibu yang setiap hari akan di ambil darahnya. Tangisannya itu sungguh memilukan ibu baru seperti ibu.

Hari Pertama:
Lebih memilukan, pada mulanya ibu tidak dibenarkan untuk bermalam kerana tiada katil. Mana mungkin ibu tinggalkan anak ibu sendirian. Lebih-lebih lagi ibu memang tidak mahu anak ibu diberi susu formula. Berpeluh juga ibu dibuatnya. Sakit luka pembedahan Allah sahaja yang tahu, perit ngilu. Wad itu hanya suami dan ibu yang dibenarkan masuk, mama terpaksa tunggu di luar. Malamnya hanya ibu sendirian yang kebuntuan menunggu anak ibu yang diberikan double phototheraphy. Dimana, ada lapik satu lagi berlampu di bawah baringan bayi. Lampu biru itu menyakitkan mata. Kata jururawat, mata bayi perlu di tutup agar bayi tidak rabun kelak. Panasnya bilik itu, ada lebih 8 orang bayi di dalam inkubator yang turut diletakkan di bawah lampu phototheraphy. Jururawat-jururawat yang bertugas begitu arif tentang tugas mereka. Ibu memang kagum dengan kecekapan mereka. Tangisan bayi-bayi yang ibunya tiada, memang menyentuh hati ibu. Jururawatlah yang akan membantu untuk menyalin lampin dan menyuap susu formula menggunakan picagari (syringe). Ibu sedih juga apabila ada juga suatu ketika tidak terkejar juga jururawat kalau semua menangis serentak.

Seorang sister berbangsa India datang kepada ibu memberi penerangan. Ibu meminta agar dibenarkan untuk menyusukan anak ibu. Tunggu di luar wad pun takpe. Ibu tidak sampai hati untuk pulang tinggalkan anak ibu sendirian. Ibu tidak ada stok ebm, Ibu perah juga susu di container yang disediakn oleh wad. Perah guna tangan, sangat mencabar. Berapa jam ibu cuba, tapi hasilnya tidak seberapa. Tapi, demi anak ibu kuatkan semangat. Alhamdulillah, Allah itu Maha Adil, Maha Penyayang, sister datang memberitahu ibu ada sebuah katil kosong untuk ibu. Syukurnya ibu ada tempat untuk menemani anak ibu. Selepas darah anak ibu diambil sekitar jam 11 malam, bacaan kuningnya banyak turun. Anak ibu dibenarkan rooming in dan lampu phototheraphy diletakkan di tepi katil ibu. Lega sangat anak depan mata. Tidaklah penat sangat berpuluh kali ibu ulang alik ke bilik rawatan dari bilik ibu. Malam itu En.Suami membawa barang keperluan dan makanan untuk ibu. Ibu mengadu pada En.Suami supaya belikan ibu manual breast pump. En.Suami sudah belikan manual BP jenama Pureen. Agak membantu dari guna tangan. "Terima kasih, my hero!!!" Kasihan ibu tengok En.Suami tampak penat dan begitu kurang rehat. Perjalanan yang jauh dan tragedi tiba-tiba ini mencabar ibu bapa baru seperti kami.

Ibu tidak lena tidur, katil wad yang tinggi, tidak bertirai, panas dan beberapa doktor dan pembantu perubatan lelaki lalu-lalang di tepi bilik agak kurang selesa. Sangat berbeza dengan hospital baru seperti Hospital Putrajaya. Itu sebenarnya cabaran yang sedikit, ibu patut bersyukur. Banyak juga keterpaksaan berlaku. Demi anak ibu buat slumber sahaja lah. Mohon diampunkan Allah. aamiin. Lena anak ibu tidur tanpa pakaian dengan mata tertutup.

Hari Kedua:
Darah anak ibu diambil lagi sekitar jam 6 pagi. Bacaan kuningnya masih tinggi jadi dia perlu lagi di letakkan di bawah lampu biru tu. Sesekali ibu ambil untuk disusukan. Sangat mencabar kerana luka pembedahan ibu masih terasa jelas. "Kuatkanlah semangat dan diriku ini ya Allah". Tengahari En.Suami datang membawa makanan. Dia memberitahu yang ibu mertua ibu dalam perjalanan ke sini.

Kasihan, ibu mertua ibu terpaksa jumpa cucu barunya di tepi tingkap. En. Suami yang mendukung. Ibu berhati-hati turun dari katil untuk bersalaman walaupun ibu mertua tidak benarkan. Ibu rasa kurang senang hati tidak bersalaman sedangkan ibu mertua datang dari jauh, dari Temerloh ke Seremban. Adik bongsu En. Suami yang memandu. Selepas waktu melawat, ibu mertua ikut sekali En.Suami balik ke Nilai. Nak tengok rumah katanya.

By: anak oh anak@FB
Waktu melawat di petang hari, En.Suami datang agak lambat. Bad, BFF ibu juga ingin menjenguk kejap lagi. Nak beri semangat katanya. Bad juga bawa hadiah dari KAMI (nama geng bff ibu) sangat cntik diaper cake tu. Colourful. "Terima kasih bffku tersayang!!!" Bad juga berikan ibu NUK Breast pad dan Avent manual BPnya. Bila ibu cuba malam harinya, sangat sedap dan selesa. Begitu banyak susu ibu dapat hasilkan. Ibu buat juga stok ebm tapi tak guna sebab anak ibu direct breast feeding. Itulah kelebihan rooming in. Ibu berterima kasih kepada bad dan suaminya, Shah kerana sudi melawat ibu. Gembira ibu walau hati ini masih berduka anak kuning tidak sembuh lagi.

Doktor cakap jika anak ibu turun lagi bacaannya, kami berdua dibenarkan untuk balik esok. Malamnya ibu pulun BF anak ibu. Ibu pasangkan zikirullah (Hijjaz) sepanjang malam. Menenangkan jiwa. Moga anak ibu kuat dan tabah. Ibu memang tidak lena tidur, sesekali ibu perlu sentiasa memerhatikan anak ibu. Penutup matanya tertanggal, anak ibu ini jenis aktif dan lasak.

Hari Ketiga:
Darah diambil lagi pada jam 5pagi. Ibu kuatkan semangat lagi apabila kedengaran suara tangisan dari dalam bilik rawatan. "Sabar anakku, kuatkan diri, tabah lah..." Bergenangan lagi airmata ibu. Alhamdulillah bacaan anak ibu 187, masih agak tinggi untuk berat badannya tapi itu sudah cukup syarat untuk kami berdua pulang ke rumah. Ibu memang tidak sanggup lagi di dalam wad.

Selepas makan tengahari, kami pulang ke rumah. Perlahan En.Suami memandu kerana ibu belum kuat lagi. Ibu ucapkan terima kasih kepada doktor-doktor dan jururawat yang sangat membantu dan prihatin sepanjang di wad. Walaupun kemudahan di HTJ agak mengecewakan, tapi petugas-petugas di dalamnya begitu baik hati. Dengar cerita, wad-wad akan dipindahkan ke bangunan baru yang juga hebat seperti di Putrajaya. InsyaAllah, bertuahlah.....

sedih tengok gambar ni... anak ibu yang kuat.
Tidak lupa juga ibu nak ucapkan terima kasih kepada rakan sebilik, Kak Ila & Kak Shila, ibu-ibu berpengalaman yang sentiasa menasihati ibu, berbual mesra dan memberi tunjuk ajar. Perkongsian ilmu begitu bermakna untuk ibu.


Thursday, September 5, 2013

Hari Lahir anak ibu.

Hospital Putrajaya yang canggih...
Pagi, 2 September 2013, Isnin. Ibu disuruh oleh jururawat segera mandi dan menukar pakaian pembedahan. Jururawat beritahu yang ibu merupakan pesakit yang kedua bakal dibedah hari ini. Pesakit pertama sudah pun dihantar ke OT, operation theatre. Ibu mulai berdebar, ibu mesej En. Suami agar segera datang ke hospital kerana ibu boleh dihantar ke OT bila-bila masa saja.

Kelibat Mama, melegakan ibu. Ibu sudahpun dipindahkan di atas katil troli. Mama cakap En.Suami sedang parking kereta. Mata ibu mulai bertakung. Ini kali pertama ibu hendak dibedah dan pembedahan ini merupakan sesuatu perjuangan yang perlu ibu menangi. Mama  turut mengikuti ibu ke OT, sementara itu En. Suami sudahpun dikhabarkan agar segera ke OT terus. Tidak perlu ke wad. Dalam hati ibu, tidak berhenti membaca doa Nabi Nuh dan berzikir. Ibu perlu tenang. Ibu perlu kuat. Demi anak dalam kandungan ibu. Sesampai di OT prosedur sama seperti di wad, jururawat bertugas bertanyakan nama ibu, no.ic, dan kenapa ibu perlu dibedah hari ini. Ibu jawab dengan yakin. Tapi, dalam hati masih berbisik rancak, ibu mahu bertemu dengan En. Suami sebelum ibu dibedah. Hati ibu terganggu lagi.

Troli katil ibu di tolak ke suatu sudut, tiada yang menemani ibu. Jururawat dan doktor begitu sibuk keluar masuk di pintu yang entah menghala ke mana. Ibu tidak peduli. Ibu mahu bertemu dengan En. Suami. Akhirnya, ibu segera memanggil seorang jururawat agar memanggil En. Suami di ruangan menunggu. Ibu yakin En. Suami ada di sana.

Lega hati ibu bila En. Suami datang menghampiri. Wajahnya tampak tenang tapi ibu tahu hatinya turut berdebar seperti ibu. Kami berpegangan tangan, mata ibu bertakung lagi. Sebak. Ibu meminta maaf atas segala kesalahan ibu terhadap En. Suami. Hati kembali tenang dan kekuatan datang untuk ibu berjuang hari ini. Hampir setengah jam ibu menunggu giliran bersama En. Suami. Dan kemudian, jururawat datang kembali meneruskan prosedur pembedahan. Sebak dada ibu di saat terpaksa pergi ke OT dan En.Suami perlu beredar ke ruangan menunggu.

peta ke HPjaya
Suasana di dalam OT begitu terang dan begitu sejuk. Doktor cakap suhu nya 18 darjah celcius supaya kuman tidak dapat hidup dalam suhu serendah itu. Nasib baik, berlapis-lapis selimut sudah di badan. Prosedur dimulakan dengan mencucuk ubat bius di tulang belakang ibu. Rasanya dua kali cucuk, tak sakit. Hanya seperti digigit semut. Ketika proses itu, ibu diminta duduk dan memeluk bantal. Ibu tahan nafas ketika ubat bius dimasukkan. Lebih selesa dan kurang sakitnya. Kemudian, ibu perlu tunggu seketika sebelum berbaring semula. Ibu mulai rasa kebas di kaki. Dalam hati masih tetap berzikir. Doktor berbangsa Cina, Lelaki huhuhu... yang mengetuai pembedahan ibu. Ibu dapat rasa yang dia test melukai perut ibu, tetapi ibu tidak merasa sakit. Itu bermakna ubat bius sudah berjaya. Salur kencing juga di pasang selepas bius. Ibu rasa sesuatu tetapi tidak sakit. OH! Gigi mulai bergetaran, ibu sejuk sangat.

Perut ibu di cuci bersih sebelum pembedahan, ibu dapat rasa sesuatu berlaku. Meja tempat ibu baring bergoyangan, ada asap ke udara. Mungkin guna laser kot bedah ibu. Ibu langsung tidak tidur dan mata cuba memerhatikan keadaan sekeliling. Suasana kerja yang relax dan tenang. Ada yang boleh berbalas SMS mungkin sebab kerjanya tiada, sebagai runner sahaja mungkin. Mulut ibu sudah ditekup corong oksigen, menggigil dalam kesejukkan ibu masih berkedip-kedip mata. Ibu baca 3 Qul, berzikir dan juga Doa Nabi Nuh di dalam hati. Tidak putus-putus ibu berdoa agar pembedahan ini berjaya dan anak ibu selamat dikeluarkan tanpa sebarang masalah.
Ibu daftar di sini kerana Ahad cuti...

Doa ibu dimakbulkan, tiba-tiba doktor panggil ibu yang seperti di dalam dunia ibu sendiri. "Tengok ya puan, anak lelaki ke perempuan?" Ibu terkejut... "Oh! Anak aku ke ni?  Putihnya!!" Itu yang ibu respon sendiri di dalam hati. "Perempuan..." Ibu tersenyum dan bersyukur sangat ketika itu. Perut ibu masih diperlakukan sesuatu. Ibu pejam mata. Tenang. Anak ibu di bawa pergi untuk dibersihkan. Set pakaiannya sudah ibu bekalkan sebelum pembedahan tadi. Beberapa lama kemudian luka ibu sudah siap dicantumkan kembali. Dan ibu dipindahkan ke bilik pemulihan.

Ah! Leganya di bawah sauna pemanas. Lama-kelamaan sejuk ibu makin berkurangan tetapi ubat bius masih ada. Jadi, ibu tidak rasa sebarang kesakitan. Anak ibu di bawa untuk ibu susukan. Jururawat membantu ibu untuk ibu membuat penyusuan pertama. Ibu lega kerana anak ibu dapat kolostrum yang mengandungi antibodi terhebat! Kekok juga ibu, tetapi melihat kecomelannya ibu rasa begitu bahagia. Putih gebu macam anak Jepun pun ada. Hidungnya mancung seperti En.Suami. Rupa-rupanya selepas anak ibu dibersihkan, dia di bawa ke En. Suami untuk di azan & di Qamatkan. Mama cakap En.Suami menangis tersedu ketika mendukung anak ibu buat kali pertama. Mungkin En.Suami terlalu bahagia bersyukur dengan anugerah terindah ini.

Hari pertama kelahirannya, sungguh comel kan.
Dilahirkan pada 2 September 2013, pada jam 11.08pagi di Hospital Putrajaya.
Kami berdua bersetuju akan menamakan puteri sulung kami ini pada hari ke-7 kelahirannya. Sunat.