photo 417272mey8pz5lfi-Copy.gif

Wednesday, November 6, 2013

CARA BERLAUK


Cara berlauk
Oleh:Nur Amirah Mohd Ezar
Like:www.facebook.com/bukuresepi

BAHAN UNTUK INTI DAGING :
  • 2 cawan daging kisar
  • 1 camca besar rempah daging ( bancuh dgn sedikit air )
  • 1 labu bawang besar *
  • Sedikit daun bawang/sup*
  • * Dipotong dadu
  • Cili merah
  • Garam secukup rasa

BAHAN UNTUK BATER:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 1/2 cawan santan
  • 1 butir telur
  • Pewarna kuning
  • Sedikit garam

Cara-caranya:

1) Tumis rempah hingga naik minyak.
2) Masukkan daging kisar. Tambah air dan masak hingga daging empuk.
3) Masukkan sedikit garam. Kacau hingga kering.
4) Masukkan cili merah bawang dan daun bawang/sup. Kacau hingga rata.

Untuk menyediakan bater,
1) pukul telur + garam.
2) Masukkan tepung dan santan berselang-seli. Kacau hingga rata.
*Kalau berketul2, tapis dulu bater . Titikkan sedikit pewarna.
*Kalau guna blender pun boleh.

Cara memasak :

1) Panaskan acuan kuih cara. Sapukan sedikit minyak.
2) Tuang bater 3/4 penuh sahaja.
Masukkan satu sudu inti daging.
3) Tutup acuan cara/acuan bahulu hingga kuih masak.Keluarkan dari acuan dan siap untuk dimakan
 

No comments:

Post a Comment