photo 417272mey8pz5lfi-Copy.gif

Wednesday, November 6, 2013

TRIFFLE


RESEPI triffle.
Oleh:Anis Madihah
Like:www.facebook.com/bukuresepi

BAHAN A (Lapisan Kek)
  • kek gulung secukupnya(beli je kat kedai ikut suka perasa apa kita nak)
  • Air dari jus koktel

CARA-CARA:
1. kek dipotong setebal 1cm.Masukkan ke dasar mangkuk.Kek mestilah menutupi setiap ruang dasar mangkuk.Tekan2 sikit supaya padat.
2. Siram sedikit jus koktel ke atas kek supaya lapisan kek agak lembab.

BAHAN B (KASTARD)
1 cawan tepung kastard (ikut kuantiti kita nak buat..yg ni utk buat byk..kalau nak buat sikit 2 sudu je)
1/2 cawan gula
1 tin susu cair/susu segar(susu tepung pun boleh guna+susu pekat-gula)
1 tin air (sukat guna tin susu cair)
1 tin buah2 koktel (buah sahaja,kalau nak guna buah lain pun boleh,ikut suka..potong dadu)

CARA-CARA:
1. Satukan semua bahan (kecuali buah2 koktel), kacau hingga kastard sebati dan gula hancur.Kemudian masak atas api yang kecil hingga pekat, padat dan likat. Tutup api.
2. Terus curahkan adunan kastard ke atas lapisan kek (Bahan A)
3. Susun buah koktel ke atas adunan kastard sambil ditekan2 sedikit supaya buah tidak terapung. Sejukkan sebentar.

BAHAN C (Jeli/agar-agar)
pakai jeli kristal yang dalam kotak je..(tapi saya guna agar2 biasa+gula sikit+warna yg kita nak..mcm buat agar2..lebih murah)

Lepas tu sejukkan sekejap dan masukkan dalam peti ais..dah sejuk baru makan..memang mablesss! hehehe

# SELAMAT MENCUBA!!!
 

No comments:

Post a Comment