Wednesday, November 6, 2013

EGLESS CHOCOLATE CAKE


Eggless Chocolate cake
Oleh:Marsha Mohamed
Like:www.facebook.com/bukuresepi

Bahan :
  • loyang 9 inci
  • 2 cawan tepung gandum - diayak sekali
  • 2 sk baking powder - diayak sekali
  • 1 sk soda bikarbonat - diayak sekali
  • 1/2 cawan serbuk koko @ campuran serbuk coklat
  • 2 cawan gula
  • 2 1/2 cawan air panas
  • 1/2 sk garam
  • 160 ml minyak masak sayuran @ minyak jagung
  • 2 sk cuka
  • 2 sk esen vanilla

Cara :

  1. Panaskan oven pd suhu 160-170C.
  2. Sediakan loyang kek yg bersesuaian. Griskan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  3. Sediakan bekas yg agak besar.
  4. Satukan tepung, gula, serbuk coklat, dan garam. Ratakan.
  5. Kemudian masukkan air panas dan esen vanilla. Kacau sebati dgn menggunakan senduk kayu atau spatula.
  6. Tuangkan minyak masak @ minyak jagung. Kacau lagi hingga sebati. Jika adunan bergentel, tapiskan.
  7. Akhir sekali, masukkan cuka dan terus kacau hingga rata.
  8. Tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakar selama 30 minit atau sehingga kek masak.
  9. Suhu bergantung pd oven masing2. Tidak mengapa jika permukaan kek retak sebab memang begitulah kejadiannya.
  10. Setelah kek masak, biarkan ia sejuk semalaman sebelum dipotong.
  11. Hiaskan dgn krim @ ganache jika suka.

Nota :
Kek ini sgt moist, lembut dan lebih sedap dimakan setelah dibiarkan semalaman atau 1-2 hari.
 

No comments:

Post a Comment