photo 417272mey8pz5lfi-Copy.gif

Tuesday, September 10, 2013

Jaundice mulai menyerang

Hari ke-4, jururawat yang bertandang ke rumah sewa ibu di Nilai (KLIA), minta ibu bawa anak ke Klinik Kuarters KLIA untuk buat pemeriksaan jaundice. Sebab sudah nampak di kulitnya. Mama dan En.Suami yang pergi kerana ibu masih belum kuat untuk berjalan jauh. Nak balik dari Hospital Putrajaya ke rumah pun En.Suami terpaksa memandu perlahan, kurang 80km/j.
Sedihnya ibu, apabila anak ibu terpaksa di bawa ke dailycare Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban kerana bacaan kuningnya agak tinggi untuk bayi yang kecil dan ringan beratnya. Ibu terpaksa gagahkan diri untuk pergi sejauh 45minit perjalanan ke Seremban. Ini kerana anak ibu masih menyusu badan. Ibu memang ketika mengandung lagi sudah berniat mahu menyusukan anak secara eksklusif sehingga ke 2 tahun. Aamiin. Setibanya di sana, anak ibu perlu diletakkan di bawah phototheraphy. Berat anak ibu ditimbang. OMG! Ya Allah, beratnya turun dari 2.58kg ke 2.3kg. Jururawat cakap memang begitu selalunya. Oleh kerana, anak ibu beratnya kurang daripada 2.5kg, dia perlu masuk wad. Ibu, mama dan anak di bawa ke bangunan utama HTJ Tingkat 6, Wad khas untuk bayi. rawatan rapi. Ibu tidak berhenti menangis mengenangkan anak ibu yang setiap hari akan di ambil darahnya. Tangisannya itu sungguh memilukan ibu baru seperti ibu.

Hari Pertama:
Lebih memilukan, pada mulanya ibu tidak dibenarkan untuk bermalam kerana tiada katil. Mana mungkin ibu tinggalkan anak ibu sendirian. Lebih-lebih lagi ibu memang tidak mahu anak ibu diberi susu formula. Berpeluh juga ibu dibuatnya. Sakit luka pembedahan Allah sahaja yang tahu, perit ngilu. Wad itu hanya suami dan ibu yang dibenarkan masuk, mama terpaksa tunggu di luar. Malamnya hanya ibu sendirian yang kebuntuan menunggu anak ibu yang diberikan double phototheraphy. Dimana, ada lapik satu lagi berlampu di bawah baringan bayi. Lampu biru itu menyakitkan mata. Kata jururawat, mata bayi perlu di tutup agar bayi tidak rabun kelak. Panasnya bilik itu, ada lebih 8 orang bayi di dalam inkubator yang turut diletakkan di bawah lampu phototheraphy. Jururawat-jururawat yang bertugas begitu arif tentang tugas mereka. Ibu memang kagum dengan kecekapan mereka. Tangisan bayi-bayi yang ibunya tiada, memang menyentuh hati ibu. Jururawatlah yang akan membantu untuk menyalin lampin dan menyuap susu formula menggunakan picagari (syringe). Ibu sedih juga apabila ada juga suatu ketika tidak terkejar juga jururawat kalau semua menangis serentak.

Seorang sister berbangsa India datang kepada ibu memberi penerangan. Ibu meminta agar dibenarkan untuk menyusukan anak ibu. Tunggu di luar wad pun takpe. Ibu tidak sampai hati untuk pulang tinggalkan anak ibu sendirian. Ibu tidak ada stok ebm, Ibu perah juga susu di container yang disediakn oleh wad. Perah guna tangan, sangat mencabar. Berapa jam ibu cuba, tapi hasilnya tidak seberapa. Tapi, demi anak ibu kuatkan semangat. Alhamdulillah, Allah itu Maha Adil, Maha Penyayang, sister datang memberitahu ibu ada sebuah katil kosong untuk ibu. Syukurnya ibu ada tempat untuk menemani anak ibu. Selepas darah anak ibu diambil sekitar jam 11 malam, bacaan kuningnya banyak turun. Anak ibu dibenarkan rooming in dan lampu phototheraphy diletakkan di tepi katil ibu. Lega sangat anak depan mata. Tidaklah penat sangat berpuluh kali ibu ulang alik ke bilik rawatan dari bilik ibu. Malam itu En.Suami membawa barang keperluan dan makanan untuk ibu. Ibu mengadu pada En.Suami supaya belikan ibu manual breast pump. En.Suami sudah belikan manual BP jenama Pureen. Agak membantu dari guna tangan. "Terima kasih, my hero!!!" Kasihan ibu tengok En.Suami tampak penat dan begitu kurang rehat. Perjalanan yang jauh dan tragedi tiba-tiba ini mencabar ibu bapa baru seperti kami.

Ibu tidak lena tidur, katil wad yang tinggi, tidak bertirai, panas dan beberapa doktor dan pembantu perubatan lelaki lalu-lalang di tepi bilik agak kurang selesa. Sangat berbeza dengan hospital baru seperti Hospital Putrajaya. Itu sebenarnya cabaran yang sedikit, ibu patut bersyukur. Banyak juga keterpaksaan berlaku. Demi anak ibu buat slumber sahaja lah. Mohon diampunkan Allah. aamiin. Lena anak ibu tidur tanpa pakaian dengan mata tertutup.

Hari Kedua:
Darah anak ibu diambil lagi sekitar jam 6 pagi. Bacaan kuningnya masih tinggi jadi dia perlu lagi di letakkan di bawah lampu biru tu. Sesekali ibu ambil untuk disusukan. Sangat mencabar kerana luka pembedahan ibu masih terasa jelas. "Kuatkanlah semangat dan diriku ini ya Allah". Tengahari En.Suami datang membawa makanan. Dia memberitahu yang ibu mertua ibu dalam perjalanan ke sini.

Kasihan, ibu mertua ibu terpaksa jumpa cucu barunya di tepi tingkap. En. Suami yang mendukung. Ibu berhati-hati turun dari katil untuk bersalaman walaupun ibu mertua tidak benarkan. Ibu rasa kurang senang hati tidak bersalaman sedangkan ibu mertua datang dari jauh, dari Temerloh ke Seremban. Adik bongsu En. Suami yang memandu. Selepas waktu melawat, ibu mertua ikut sekali En.Suami balik ke Nilai. Nak tengok rumah katanya.

By: anak oh anak@FB
Waktu melawat di petang hari, En.Suami datang agak lambat. Bad, BFF ibu juga ingin menjenguk kejap lagi. Nak beri semangat katanya. Bad juga bawa hadiah dari KAMI (nama geng bff ibu) sangat cntik diaper cake tu. Colourful. "Terima kasih bffku tersayang!!!" Bad juga berikan ibu NUK Breast pad dan Avent manual BPnya. Bila ibu cuba malam harinya, sangat sedap dan selesa. Begitu banyak susu ibu dapat hasilkan. Ibu buat juga stok ebm tapi tak guna sebab anak ibu direct breast feeding. Itulah kelebihan rooming in. Ibu berterima kasih kepada bad dan suaminya, Shah kerana sudi melawat ibu. Gembira ibu walau hati ini masih berduka anak kuning tidak sembuh lagi.

Doktor cakap jika anak ibu turun lagi bacaannya, kami berdua dibenarkan untuk balik esok. Malamnya ibu pulun BF anak ibu. Ibu pasangkan zikirullah (Hijjaz) sepanjang malam. Menenangkan jiwa. Moga anak ibu kuat dan tabah. Ibu memang tidak lena tidur, sesekali ibu perlu sentiasa memerhatikan anak ibu. Penutup matanya tertanggal, anak ibu ini jenis aktif dan lasak.

Hari Ketiga:
Darah diambil lagi pada jam 5pagi. Ibu kuatkan semangat lagi apabila kedengaran suara tangisan dari dalam bilik rawatan. "Sabar anakku, kuatkan diri, tabah lah..." Bergenangan lagi airmata ibu. Alhamdulillah bacaan anak ibu 187, masih agak tinggi untuk berat badannya tapi itu sudah cukup syarat untuk kami berdua pulang ke rumah. Ibu memang tidak sanggup lagi di dalam wad.

Selepas makan tengahari, kami pulang ke rumah. Perlahan En.Suami memandu kerana ibu belum kuat lagi. Ibu ucapkan terima kasih kepada doktor-doktor dan jururawat yang sangat membantu dan prihatin sepanjang di wad. Walaupun kemudahan di HTJ agak mengecewakan, tapi petugas-petugas di dalamnya begitu baik hati. Dengar cerita, wad-wad akan dipindahkan ke bangunan baru yang juga hebat seperti di Putrajaya. InsyaAllah, bertuahlah.....

sedih tengok gambar ni... anak ibu yang kuat.
Tidak lupa juga ibu nak ucapkan terima kasih kepada rakan sebilik, Kak Ila & Kak Shila, ibu-ibu berpengalaman yang sentiasa menasihati ibu, berbual mesra dan memberi tunjuk ajar. Perkongsian ilmu begitu bermakna untuk ibu.


No comments:

Post a Comment