photo 417272mey8pz5lfi-Copy.gif
Showing posts with label Durrah. Show all posts
Showing posts with label Durrah. Show all posts

Sunday, November 10, 2013

Cuti Tanpa Gaji

Mahal sangat kah cuti tanpa gaji, demi anak-anak.

Kalau dulu, ayah je..

Tapi sekarang, 
kadang-kadang isteri pun balik lewat 
Anak-anak redha di rumah pengasuh 
Belajar
Bermain 
Riang
Kongsi makan dan kongsi penyakit
Takpe, KLINIK ADA!!

Sepanjang di tempat kerja, 

anak-anak di rumah pengasuh/taska rindu kat kita
Rindu ayah... Rindu ibu...
Tapi,

Nak cakap rindu tak reti
Nak tulis surat pun tak reti jugak

Jadi, bila kita ambil anak jam 6:00 petang (2:00 petang), 
diulang...6:00 petang (2:00 petang), 
saat anak nampak ibu dan ayah dia, 
anak kita tekad
Dia nak ibu tengok dia
Nak ayah dukung, peluk dia

Dia buat perangai
Nak makan sendiri
Nak itu
Nak ini
Nak dukung
Tumpah air
Kerana hanya bahasa PROTES dan BUAT PERANGAI sahaja 
yang anak-anak tahu untuk beritahu yang... 
"Ibu saya rindu & sayang sangat kat ibu..."
 

TAPI.....
Apa kita buat...
Bila anak-anak bising... Kita marah...
Bila anak-anak main... Kita herdik...
Dia nangis, kita jerit "DIAM!!!!"
Dia suruh ajar... Kita jawab "AYAH NAK TENGOK TV, FAHAM!!!!"
Dia tumpahkan makanan/air kita tengking seolah-olah dia sudah cukup matang...
Sedih hati seorg anak yang rindu mama... Yang rindu abah... 

Yang rindu pelukan ibu... Rindu dukungan abi...
Apakah duit boleh ganti kasih sayang?
Apakah jus tok guru boleh ganti suapan kasih sayang?
Apakah mainan berlambak-lambak boleh ganti saat bergurau senda sesama keluarga?
Apakah masing-masing makan kat luar boleh ganti nilai makan bersama...
Fikir sahabat...
Fikir teman-teman...
Fikir ayah ibu yang mulia..
Ingatan bersama.

Pada hari ke-5, Eryna dimasukkan ke dalam wad untuk rawatan fototerapi (jaundice)
 p/s: Jika anak memerlukan kita amek CRK (guru sahaja....)

Saturday, September 28, 2013

Nama diberi

Sepatutnya ibu post lama dah tentang pemberiaan nama anak ibu. Tapi sibuk dengan isu jaundis yang nampaknya sudah beransur pulih. Aamiin. Muka anak ibu nampak lebih cerah kalau tidak kekuningan jer. Cuma yang membimbangkan 2hb Oktober ni, kena bawa dia ke klinik lagi sekali. Darahnya akan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk ujikaji mengenai prolonged jaundice. Mencari sebab musabab kenapa kuningnya lambat hilang. Moga anak ibu normal daripada masalah hati. 

Opss! Jauh ibu melalut ni, kembali semula ke niat asal.
Anak ibu diberi nama pada hari ke-7 kelahirannya iaitu pada 8hb September 2013 (Ahad). Nasib baiklah, kami dah dibenarkan dicharge dari wad. Hampir sudah ke maghrib masa nak tetapkan namanya. Ibu geram juga dengan En.Suami yang baru nak buka tab mencari senarai nama. Sedangkan masa mengandung lagi kami sudah bersedia dengan pelbagai nama. 

Ibu memberi nama depannya, 'Durrah' yang bermaksud mutiara. Ibu sangat suka dengan mutiara, masa kahwin dulu veil ibu penuh dengan mutiara (bukan asli hehehe....). Ibu reka sendiri. 

Bising ibu pada En.Suami, akhirnya ibu suarakan agar cari bermula dengan huruf 'E'. Ibu bagi penghormatan kepada En.Suami yang loving & caring sangat pada ibu. Akhirnya, kami berdua setuju dengan nama akhirnya 'Eryna' yang bermaksud cantik. Kemudian, azan maghrib dilaung indah dari surau berdekatan. Alhamdulillah, puteri kesayangan kami sudah punyai nama. Sehingga kini, dia serasi dengan nama tersebut.
Ramai bertanya kenapa suka sangat dengan nama 'Durrah'. Sebenarnya nama tersebut kepunyaan puteri Abu Lahab. Durrah Binti Abu Lahab adalah seorang anak yang baik. Meskipun ayahnya seorang musuh Islam, yang sangat bencikan Nabi Muhammad SAW.

Nanti ibu postkan serba sedikit tentang muslimah sejati ini ya.
DURRAH ERYNA
Mutiara yang cantik

Wednesday, September 25, 2013

Durrah Anak Yang Baik

 Seperti yang ibu janjikan, ibu post tentang kisah anak perempuan Abu Lahab ni. Kisah ni ibu ambil dari Utusan Online. Membaca kisahnya, ibu harap anak ibu juga bakal menjadi seorang muslimah yang sejati, penyejuk hati kami berdua kelak. Aamiin.
DURRAH binti Abu Lahab adalah seorang anak yang baik. Abu Lahab adalah bapa saudara Nabi Muhammad. Nama sebenar bapa saudaranya itu adalah Abdu al-Izzi bin Abdul Muthalib.
Abu Lahab sangat benci terhadap Nabi Muhammad. Abu Lahab adalah musuh Islam yang utama. Ibu Durrah bernama Arwa binti Harb. Ibunya juga tidak suka kepada ajaran Islam. Ibunya juga tidak suka kepada Nabi Muhammad.

Pernah berlaku satu peristiwa Arwa sengaja meletakkan duri-duri di atas jalan yang selalu dilalui oleh Nabi Muhammad. Walaupun begitu Nabi Muhammad tetap sabar dengan tindakan Arwa itu.
Arwa sememangnya wanita yang ingkar terhadap Islam. Dia sanggup menghabiskan harta bendanya demi menghapuskan Nabi Muhammad sehingga dia dipanggil oleh Allah dengan nama Hammalat al-Hathab yang bermakna pembawa kayu bakar.

Durrah membesar dengan pelbagai rintangan dan cabaran. Dia sering melihat kekejaman yang dilakukan oleh bapanya terhadap orang Islam. Sikap angkuh kedua ibu bapanya menyaksikan bahawa keluarganya benar-benar mahu menghapuskan Islam.

Sikap angkuhnya terbukti apabila Nabi Muhammad mengajak Abu Lahab beriman kepada Allah.
Abu Lahab berkata: "Sekiranya kata-kata Nabi Muhammad itu benar dan tidak salah, maka pada hari kiamat nanti saya akan tebus seluruh harta dan anak saya bagi menyelamatkan diri saya daripada seksaan api neraka". Jangkaan Abu Lahab bagi menyelamatkan dirinya daripada seksaan api neraka semuanya meleset. Allah sudah berfirman dalam surah Asyura ayat 88 dan 89 yang bermaksud: Iaitu di hari harta dan anak-anak lelaki tidak berguna kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih.
 
Ketika Durrah semakin membesar Allah memberi petunjuk kepada dirinya. Durrah juga sering mendengar kehebatan ajaran agama Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad.
"Saya percaya segala ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad adalah benar. Islam adalah agama yang patut dianuti oleh orang yang ingin mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat," kata Durrah sendirian.

Walaupun harta kekayaan bapanya melimpah ruah, Durrah tidak termakan dengan kata-kata penghinaan bapanya terhadap Islam. Harta benda bapanya itu tidak dapat menghalang tekadnya untuk memeluk agama Islam. Akhirnya Durrah memeluk agama Islam semasa dia berada di kota Mekah. Selepas memeluk Islam, dia berhijrah ke Madinah.

Meninjau kepada kehidupan rumahtangganya, dia berkahwin dengan Naufal bin al-Haris. Hasil perkahwinan itu mereka dianugerahkan tiga anak iaitu Uqbh, al-Walid dan Abu Muslim.
Suaminya terbunuh semasa perang Badar dan tidak sempat memeluk Islam. Selepas kematian suaminya itu, Durrah berkahwin pula dengan Dihyah al-Kalbi.

Semasa di Madinah, Durrah mendapat tentangan daripada sekumpulan wanita yang sama-sama berhijrah ke Madinah. Seorang wanita daripada Bani Zuraiq berkata kepada Durrah: "Awakkah anak Abu Lahab yang kejam itu?" Mengapa awak ikut kami berhijrah? Tidak ada faedahnya awak ikut kami berhijrah. Malah hijrah awak tidak mendatangkan manfaat bagi diri awak".
Lalu Durrah menjawab: "Saya berhijrah bagi mendekatkan diri saya kepada Allah. Awak tidak patut berkata begitu terhadap saya. Memang benar bapa saya jahat dan kejam terhadap orang Islam. Tetapi saya tidak seperti bapa saya". Durrah agak sedih lalu meninggalkan wanita Bani Zuraiq itu. Kemudian dia berjumpa dengan Nabi Muhammad. Dia menceritakan segala apa yang berlaku kepada Nabi Muhammad. "Bertenanglah wahai Durrah," kata Nabi Muhammad.
Selepas Nabi Muhammad selesai mengerjakan sembahyang, baginda berkata kepada orang Islam yang berada di tempat itu: "Dengar sini semua. Saya tidak akan membenarkan keluarga saya diseksa atau disakiti oleh sesiapa. Kaum keluarga saya akan dapat syafaat daripada saya pada hari kiamat kelak".
Mendengar kata-kata Nabi Muhammad, wanita Bani Zuraiq itu menjadi insaf dan sedar atas kesilapannya menyinggung perasaan Durrah. Wanita Bani Zuraiq itu pun berjumpa dengan Durrah dan berkata: "Wahai Durrah saya minta maaf di atas segala kekasaran bahasa yang saya ucapkan kepada awak tempoh hari. Saya sebenarnya tidak menyangka bahawa awak adalah seorang gadis yang berhati mulia. Awak tidak seperti Abu Lahab yang kejam itu. Maafkan saya".
Durrah menerima kata-kata wanita Zuraiq tersebut dan berkata: "Saya maafkan awak. Semoga persahabatan kita kekal dan diberkati Allah".

Sejarah Islam menyatakan bahawa, Durrah merupakan srikandi yang berbakat besar. Dia adalah seorang penyair daripada kalangan wanita Quraisy. Sepanjang hayatnya dia melaporkan sebanyak tiga buah hadis daripada Nabi Muhammad. Selain itu, dia merupakan wanita yang pandai menghasilkan karya sastera. Durrah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 20 Hijrah.

Sekian. 


Moga mendapat iktibar dari kisahnya. Jangan sesekali menghukum seseorang itu atas kesalahan orang tuanya.