photo 417272mey8pz5lfi-Copy.gif

Saturday, September 28, 2013

Nama diberi

Sepatutnya ibu post lama dah tentang pemberiaan nama anak ibu. Tapi sibuk dengan isu jaundis yang nampaknya sudah beransur pulih. Aamiin. Muka anak ibu nampak lebih cerah kalau tidak kekuningan jer. Cuma yang membimbangkan 2hb Oktober ni, kena bawa dia ke klinik lagi sekali. Darahnya akan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk ujikaji mengenai prolonged jaundice. Mencari sebab musabab kenapa kuningnya lambat hilang. Moga anak ibu normal daripada masalah hati. 

Opss! Jauh ibu melalut ni, kembali semula ke niat asal.
Anak ibu diberi nama pada hari ke-7 kelahirannya iaitu pada 8hb September 2013 (Ahad). Nasib baiklah, kami dah dibenarkan dicharge dari wad. Hampir sudah ke maghrib masa nak tetapkan namanya. Ibu geram juga dengan En.Suami yang baru nak buka tab mencari senarai nama. Sedangkan masa mengandung lagi kami sudah bersedia dengan pelbagai nama. 

Ibu memberi nama depannya, 'Durrah' yang bermaksud mutiara. Ibu sangat suka dengan mutiara, masa kahwin dulu veil ibu penuh dengan mutiara (bukan asli hehehe....). Ibu reka sendiri. 

Bising ibu pada En.Suami, akhirnya ibu suarakan agar cari bermula dengan huruf 'E'. Ibu bagi penghormatan kepada En.Suami yang loving & caring sangat pada ibu. Akhirnya, kami berdua setuju dengan nama akhirnya 'Eryna' yang bermaksud cantik. Kemudian, azan maghrib dilaung indah dari surau berdekatan. Alhamdulillah, puteri kesayangan kami sudah punyai nama. Sehingga kini, dia serasi dengan nama tersebut.
Ramai bertanya kenapa suka sangat dengan nama 'Durrah'. Sebenarnya nama tersebut kepunyaan puteri Abu Lahab. Durrah Binti Abu Lahab adalah seorang anak yang baik. Meskipun ayahnya seorang musuh Islam, yang sangat bencikan Nabi Muhammad SAW.

Nanti ibu postkan serba sedikit tentang muslimah sejati ini ya.
DURRAH ERYNA
Mutiara yang cantik

No comments:

Post a Comment