photo 417272mey8pz5lfi-Copy.gif
Showing posts with label suntikan. Show all posts
Showing posts with label suntikan. Show all posts

Tuesday, November 5, 2013

Cucuk 2 Bulan

Alhamdulillah, anak ibu kini sudah pun 2 bulan pada 2 November lalu. Ibu dan Ayah lewat ke klinik. Hampir pukul 12 tengah hari baru sampai di klinik. Maklumlah ayah perlu keluar pejabat. Bukannya jauh tapi takdelah dekat sangatkan. Terkejor-kejor jugalah ibu memandikan Eryna. Bangun lambat kami maklumlah jenis tidur lepas subuh. Qada' tidur berjaga malam.

Ibu tak sempat bersarapan pun, tapi Ayah memang memahami. Ayah bawa roti kesukaan ibu.. Potato Bread. Nyum! Nyum! makan sebuku alas perut. Eryna pun ibu susukan. Dan, mesti #EBM pon ibu dah sediakan. Yelah, kalau di klinik agak leceh kalau nak direct breast feedingkan.


Di klinik, macam biasalah perlu ukur tinggi dan berat. Haa... Eryna dibaringkan dan kepala perlu mencecah hujung dinding. Ukuran diambil. Kemudian, Eryna perlu berbogel (comeynya bambam! anak ibu) dan ibu letakkan atas penimbang. Alhamdulillah, Eryna dah naik sekilo. Bulan lepas 2.95kg, bulan ni dah 3.9kg. Dengan, kepalanya yang dah botak (dibotakkan pada hari lahirnya yang ke 2bulan...hehehe) memang sangat comel!!!


Di bilik rawatan, nurse tanya la pelbagai soalan. Dan juga maklumkan yang tinggi dan berat Eryna normal. Geramnya result darah Eryna sebulan lalu tiada dalam simpanan. Dah di bawa oleh jururawat desa kawasan kami tinggal. Next Jumaat kena datang semula untuk berjumpa doktor berbincang apa patutlah. Doa ibu Eryna dah sihat sepenuhnya dari kuning dia tu. Tengok macam dah tiada jer....

Ayah yang pegang Eryna untuk dicucuk di paha. Tiga serangkai dalam satu jarum suntikan. Eryna ibu ni sangat kuat, sedikit je menangis dan alhamdulillah hingga kini dia masih belum demam. Sayangggggg anak ibu yang manja dan kuat ni.



Semoga terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. aamiin.

Wednesday, October 2, 2013

Suntikan Vaksin Hepatitis B

Alhamdulillah, Eryna sudah pon genap satu bulan usianya. Anak yang tidak banyak ragamnya, sesekali menangis jika lambat menyusu. Awal pagi En.Suami dan ibu membawa Eryna ke klinik (Kuarters KLIA). 

Sampel darah akan diambil di tapak kaki, dan suntikan HepB di paha kananya,,,
 Sesampai di klinik, rupa-rupanya ibu juga perlu membuat pemeriksaan kerana sudah sebulan selepas bersalin. Ujian HBG darah & urine. Ini lah kali pertama ibu menggunakan tandas cangkung selepas bersalin pembedahan 2 September lalu. Alhamdulillah, tiada rasa sakit. Nampaknya ibu sudah boleh menggunakan tandas cangkung seperti biasa. Keputusan makmal menunjukkan air kencing ibu kotor, +1 kandungan protein. Tetapi, HBG darah 13.0.... masih bagus seperti mengandung dulu. Jururawat menasihatkan ibu meminum air barli (manis-manis buah jer....) dan banyak minum air masak (rasanya banyak sangat dah minum walaupun berpantang). 
 Sekembali dari makmal, Eryna sudah pun diambil darahnya. Sampel darahnya akan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk diuji mencari punca prolonged jaundicenya. Moga tahap kuning Eryna masih di tahap tidak membimbangkan. Aamiin. Agak lama kami terpaksa menunggu untuk dapatkan suntikan dos kedua Hepatitis B. Jam sudah 11 lebih, seorang jururawat memanggil kami. Eryna ditimbang beratnya (2.95kg), panjang badannya (53cm) dan ukur lilit kepalanya (33cm). Tetapi, BMInya masih belum ideal. Pastinya kami akan lebih berusaha selepas ini.
vaksin Hepatitis B
Di bilik pemeriksaan 13, Eryna menangis, ibu menyusuinya dahulu sementara jururawat dapatkan pengesahan doktor adakah Eryna boleh mendapat suntikan sedangkan masih kuning lagi. Doktor membenarkannya. Di bilik suntikan, En Suami yang mendukung Eryna. Ibu tidak sanggup nak tengok. Dari luar, dengar jeritan kuat Eryna. Nampaknya selesai sudah suntikan bulan pertama Eryna. Semoga sihat sejahtera ya anak ibu. Aamiin.