Wednesday, November 6, 2013

STRAWBERRY SWISS ROLL



Oleh:Al Ummu Al Payid
Like:www.facebook.com/bukuresepi

Bahan A
  • 3 biji kuning telur
  • 75gm gula kastor
  • 50ml air
  • 40ml minyak jagung / minyak masak
  • 80gm tepung gandum - ayak
  • 1 sudu teh esen vanilla

Bahan B

  • 3 biji putih telur
  • 2 sudu teh gula kastor
  • 1/8 sudu teh cream of tartar

Bahan C

  • Buah Strawberry secukupnya/kali nie saya xletak sbb buah stawberry xde dlm peti ais
  • Pewarna pink (strawberry) dan hijau (daun)
  • coklat emulco dan lidi
  • 150ml whip topping cream (non-diary) Putar hingga pekat
  • Loyang 10 x 10" (di alas dan di gris)
Cara-cara :
1. Pukul bahan B hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan.

2. Pukul kuning telur dan gula hingga kembang di ikuti air, minyak, esen vanila dan tepung. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu. Kaup balikkan dengan adunan B hingga bergaul rata.

3. Ketepikan 2 1/2 sudu besar adunan (tambah pewarna pink) dan 2 sudu besar adunan (tambah pewarna hijau). Masukkan kedua-dua adunan ke dalam piping bag kecil yang di gunting sedikit muncungnya. Pipe ke atas loyang bentuk strawberry dan daun.

4. Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 170C selama 1 minit. Angkat dan ketepikan.

5. Tuang baki adunan ke atas motif strawberry. ratakan dengan spatula. Bakar pada suhu 170C selama 10-15 minit.

6. Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai selama 10 minit. Terbalikkan di atas sehelai kertas minyak yang lebih besar. Keluarkan kertas alas bawahnya. Lapik sehelai lagi kertas minyak di atas motif strawberry kemudian terbalikkan ke atas. Sapu rata krim dan atur beberapa biji strawberry di atasnya, kemudian gulung dengan perlahan-lahan.

7. Celup lidi di dalam coklat emulco dan buat titik untuk bijinya.

8. Simpan di dalam peti sejuk sebelum di potong.

resepi lengkap bersama gambar boleh la cuba google di internet

Selamat mcuba (^_~)

No comments:

Post a Comment