photo 417272mey8pz5lfi-Copy.gif

Thursday, October 31, 2013

KERJA KOSONG 2013: pegawai am, pemandu, pegawai am pejabat KKM

Kali ini ibu nak sebarkan buat ibu-ibu diluar sana yang dah lama tanam anggur atau ada kenal sedara mara yang masih belum ada kerja tetap. Rasanya inilah peluang keemasan mengisi borang secara online.


Maklumat terperinci tentang penjawatan ini boleh dilayari di SINI

Untuk maklumat semua, jawatan yang ditawarkan hanyalah untuk KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN sahaja. Bila ibu baca syarat-syarat permohonannya sangat mudah sesuai dengan kerja yang ditawarkan. Kelayakan sekurang-kurangnya PMR/SRP atau yang setaraf dengannya. Oklah, ada pencen tu nanti. Ibu doakan SELAMAT BERJAYA!

OPpss... ini linknya.
http://jobkkm.moh.gov.my/mohjob/recruitment.jsp

Monday, October 7, 2013

Tips membawa bayi naik kapal terbang

Ini adalah tips menarik yang ingin kongsikan. Yelah, hobi melancong takkan nak tinggalkan bayi kita di rumah pula. So, pelbagai tips yang boleh dicuba supaya perjalanan lebih mudah dan lancar.

  • Gunakan backpack (beg sandang belakang) untuk hand luggage kerana dengannya tangan anda bebas  dan mudah untuk melakukan banyak keperluan lain dalam perjalanan.

 • Pastikan backpack anda mengandungi:
  1. beberapa keping lampin pakai buang (anggarkan keperluan)
  2. tisu basah (mini packed wet tissue)
  3. dua persalinan baju
  4. botol susu (jgn bawa air panas dalam thermos / air kosong dlm botol. Naik kapal terbang tak boleh bawa air/ cecair. Jgn risau, boleh minta dari cabin crew bila dah terbang nanti).
  5. bagi bayi yang minum susu formula, gunakan bekas susu yang mempunyai beberapa ruang untuk mengisi susu yang telah siap disukat untuk sekali bancuhan. Jgn pula bawa tin-tin sekali dalam backpack, tak praktikal. Tin susu boleh disimpan dalamm beg besar.
  6. bagi bayi yang sudah mula makan, elok dibawa makanan di dalam botol kecil – banyak dijual di pasaran (sesetengah kapal terbang ada menyediakan makanan bayi, anda perlu membuat tempahan awal untuk ini).
  7. Permainan yang praktikal untuk dibawa. Bayi pastinya bosan duduk lama-lama dalam kapal terbang. Permainan percuma di dalam pesawat ada juga (jika ada stok). Tetapi kadang-kadang ianya tidak sesuai untuk usia anak anda.
  8. Bawa juga ‘Bantal busuk’ atau selimut kegemaran bayi sekiranya ada.
  9. Beg plastik kosong. Boleh digunakan di kala kecemasan contohnys seperti nak buang lampin, isi baju basah / kotor dll.
  10. Sehelai baju si ibu. Menjaga bayi kadang kala memang comot. Dengan makanan yang tertumpah la, kebocoran lampin la… maka elok ambil langkah ini. Selamat......

• Pastikan anda menempah awal bassinet untuk meletak bayi ketika di dalam kapal terbang nanti. Maklumkan ini kepada ejen pelancongan atau syarikat penerbangan. Jika tidak, anda harus memegang bayi anda di atas riba sepanjang perjalanan. Penat tu. Ada yang lengan macam Malik Noor turun kapal terbang nanti. (^^,)p
Bayi di dalam bassinet. Kedudukannya tergantung pada dinding kapal terbang. Hanya untuk tempat duduk hadapan sahaja.


• Untuk makanan bayi atau anak kecil, anda perlu membuat makluman awal juga kepada syarikat penerbangan.


• Bawalah stroller. Anda boleh membawa stroller hingga ke pintu kapal terbang. Apabila sampai di airport yang hendak dituju, dapatkan semula stroller di tempat yang sama sebelum ke baggage claim area. Kalau tak pasti, bertanyalah pada kakitangan di sana / cabin crew.

• Apabila kapal terbang berlepas dan mula naik ke udara, telinga akan berasa sakit dan berdengung. Ini pastinya akan membuatkan bayi tidak selesa dan menangis. Untuk mengurangkan ketidakselesaan ini, susukan anak anda / berikan dia minum menggunakan botol ketika pesawat sedang berlepas. Lakukan yang sama ketika proses mendarat. (ALERT)

• Bawalah bayi berjalan-jalan di dalam pesawat apabila dia sudah kelihatan bosan.



Maka, dengan tips-tips berguna tadi InsyaAllah perjalanan kita akan lebih memudahkan. Kongsikan bersama ya....

:: Petua/Tips/Cara Bersihkan atau Cairkan Tahi Telinga ::

Salam, hari ni ibu nak kongsikan satu petua menarik yang boleh sama-sama kita lakukan untuk menjaga kebersihan telinga si manja...

  1. Gunakan mineral oil atau baby oil dan titiskan dalam beberapa titisan ke dalam telinga.
  2. Sengetkan kepala si manja semasa menitiskan baby oil tu supaya minyak tu masuk betul ke dalam telinga.
  3. Ulang langkah titis baby oil ni dalam masa 2-3 hari. Hal ni untuk melembutkan tahi telinga yang keras tu.
  4. Sampai hari ketiga tu, ambil air suam dan titiskan ke dalam teling. Jangan masukkan banyak sangat pula nanti jadi lain. Berhati-hati ya...
  5. Sambil titiskan air suam tu, pastikan kepala senget dan tarik telinga tu sikit untuk bagi air suam tu sampai terus ke dalam telinga.
  6. Kemudian, get ready pergi kat sinki dan sengetkan kepala..InsyaAllah tahi telinga atau ear wax tu akan keluar dengan lancar.
 Selamat mencuba. (^^,)p

Wednesday, October 2, 2013

Suntikan Vaksin Hepatitis B

Alhamdulillah, Eryna sudah pon genap satu bulan usianya. Anak yang tidak banyak ragamnya, sesekali menangis jika lambat menyusu. Awal pagi En.Suami dan ibu membawa Eryna ke klinik (Kuarters KLIA). 

Sampel darah akan diambil di tapak kaki, dan suntikan HepB di paha kananya,,,
 Sesampai di klinik, rupa-rupanya ibu juga perlu membuat pemeriksaan kerana sudah sebulan selepas bersalin. Ujian HBG darah & urine. Ini lah kali pertama ibu menggunakan tandas cangkung selepas bersalin pembedahan 2 September lalu. Alhamdulillah, tiada rasa sakit. Nampaknya ibu sudah boleh menggunakan tandas cangkung seperti biasa. Keputusan makmal menunjukkan air kencing ibu kotor, +1 kandungan protein. Tetapi, HBG darah 13.0.... masih bagus seperti mengandung dulu. Jururawat menasihatkan ibu meminum air barli (manis-manis buah jer....) dan banyak minum air masak (rasanya banyak sangat dah minum walaupun berpantang). 
 Sekembali dari makmal, Eryna sudah pun diambil darahnya. Sampel darahnya akan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk diuji mencari punca prolonged jaundicenya. Moga tahap kuning Eryna masih di tahap tidak membimbangkan. Aamiin. Agak lama kami terpaksa menunggu untuk dapatkan suntikan dos kedua Hepatitis B. Jam sudah 11 lebih, seorang jururawat memanggil kami. Eryna ditimbang beratnya (2.95kg), panjang badannya (53cm) dan ukur lilit kepalanya (33cm). Tetapi, BMInya masih belum ideal. Pastinya kami akan lebih berusaha selepas ini.
vaksin Hepatitis B
Di bilik pemeriksaan 13, Eryna menangis, ibu menyusuinya dahulu sementara jururawat dapatkan pengesahan doktor adakah Eryna boleh mendapat suntikan sedangkan masih kuning lagi. Doktor membenarkannya. Di bilik suntikan, En Suami yang mendukung Eryna. Ibu tidak sanggup nak tengok. Dari luar, dengar jeritan kuat Eryna. Nampaknya selesai sudah suntikan bulan pertama Eryna. Semoga sihat sejahtera ya anak ibu. Aamiin.

Resepi Kimchi Halal

Ibu sekarang ni layan semula hobi ibu, menonton drama Korea.
So entry kali ni, terfikir nak kongsi resepi membuat KIMCHI, makanan yang wajib ada dalam cerita Korea. Setuju tak dengan ibu?
Ibu dah pernah makan masa ibu honeymoon bulan Februari lalu, kebetulan restauran kat hotel ibu menginap ada buat Korean Crusuine. Ibu memang makan sungguh-sungguh. Rasanya tak pedas sangat dan agak masin la... Not bad... Sambil makan, terbayang-bayang hero heroin citer Korea...hehehe~
Resepi Kimchi paling mudah and halal ni from maangchi ..
Cuba lah sendiri ya.... (^^,)V

Bahan-Bahan 
2 kobis panjang or napa cabbage (3.6kg)
garam secukup rasa untuk melumur pada kobis,
1 lobak putih, (jika tak suka tak letak pun takpe)
Bahan bubur,
1/2 cup sweet rice floor (boleh guna tepung pulut) 
1/4 cup sugar
3 cup air
Bahan untuk kimchi pes
3 tablespoon serbuk cili Babas ( ikut kepedasan)
1 cup sos ikan
2 large daun bawang,
Blender:
1 bawang besar
3 ulas bawang putih, 
1 inci halia, 
(boleh letak oyster sauce kalau suka)


Cara membuatnya
Kobis selepas direndam 4jam dengan garam...
1. Basuh kobis sebersihnya.
2. lumur kobis dengan garam, pastikan rata, 
3. Biarkan 4 jam 
4. Basuh kobis dan bilas 3 kali,
4. toskan kobis and tekan bagi kobis jangan berair sangat.  
bubur...
Bubur untuk kimchi.
1. campurkan tepung pulut dengan air dan panaskan sampai keluar bubble.
2. masukkan gula dan kacau dalam 1 minit, tutup api biarkan sejuk.
Pes Kimchi
Pes Kimchi
3. blender bawang besar, bawang putih, halia
4. potong daun bawang saiz sederhana ikut korang,
3. dalam bekas yang lain masukkan semua bahan kimchi paste bawang besar, bawang putih, halia, sos ikan, serbuk cili, daun bawang
4. campurkan kimchi paste dengan bubur.
5. rasa kimchi paste kalau tak cukup pedas tambah cili, tak cukup masin tambah sos ikan. tapi pastikan jangan masin sangat sebab kobis dah masin,
Kimchi yang sudah siap...
Kimchi 
6. ambil kobis masukkan dalam bekas kimchi paste lumur kimchi paste dengan kobis panjang, pastikan rata.
7. tekan kimchi supaya air kobis keluar sebelum letak dalam Tupperware. 
8. masuk dalam fridge, tunggu 24 jam

Ibu rasa tentu ramai yang ingin mencubakan. Nyum! Nyum!

Tuesday, October 1, 2013

Jadual Imunisasi

Imunisasi sangat penting bagi menjamin tahap kesihatan anak kita. Jadi bagi entry kali ini ibu paparkan jadual imunisasi di Malaysia.

Di Malaysia, penyakit-penyakit ini dapat dielakkan melalui suntikan vaksin:



Ibu mendoakan agar anak kita semua sentiasa sihat dirahmati Allah.