photo 417272mey8pz5lfi-Copy.gif

Monday, October 7, 2013

Tips membawa bayi naik kapal terbang

Ini adalah tips menarik yang ingin kongsikan. Yelah, hobi melancong takkan nak tinggalkan bayi kita di rumah pula. So, pelbagai tips yang boleh dicuba supaya perjalanan lebih mudah dan lancar.

  • Gunakan backpack (beg sandang belakang) untuk hand luggage kerana dengannya tangan anda bebas  dan mudah untuk melakukan banyak keperluan lain dalam perjalanan.

 • Pastikan backpack anda mengandungi:
  1. beberapa keping lampin pakai buang (anggarkan keperluan)
  2. tisu basah (mini packed wet tissue)
  3. dua persalinan baju
  4. botol susu (jgn bawa air panas dalam thermos / air kosong dlm botol. Naik kapal terbang tak boleh bawa air/ cecair. Jgn risau, boleh minta dari cabin crew bila dah terbang nanti).
  5. bagi bayi yang minum susu formula, gunakan bekas susu yang mempunyai beberapa ruang untuk mengisi susu yang telah siap disukat untuk sekali bancuhan. Jgn pula bawa tin-tin sekali dalam backpack, tak praktikal. Tin susu boleh disimpan dalamm beg besar.
  6. bagi bayi yang sudah mula makan, elok dibawa makanan di dalam botol kecil – banyak dijual di pasaran (sesetengah kapal terbang ada menyediakan makanan bayi, anda perlu membuat tempahan awal untuk ini).
  7. Permainan yang praktikal untuk dibawa. Bayi pastinya bosan duduk lama-lama dalam kapal terbang. Permainan percuma di dalam pesawat ada juga (jika ada stok). Tetapi kadang-kadang ianya tidak sesuai untuk usia anak anda.
  8. Bawa juga ‘Bantal busuk’ atau selimut kegemaran bayi sekiranya ada.
  9. Beg plastik kosong. Boleh digunakan di kala kecemasan contohnys seperti nak buang lampin, isi baju basah / kotor dll.
  10. Sehelai baju si ibu. Menjaga bayi kadang kala memang comot. Dengan makanan yang tertumpah la, kebocoran lampin la… maka elok ambil langkah ini. Selamat......

• Pastikan anda menempah awal bassinet untuk meletak bayi ketika di dalam kapal terbang nanti. Maklumkan ini kepada ejen pelancongan atau syarikat penerbangan. Jika tidak, anda harus memegang bayi anda di atas riba sepanjang perjalanan. Penat tu. Ada yang lengan macam Malik Noor turun kapal terbang nanti. (^^,)p
Bayi di dalam bassinet. Kedudukannya tergantung pada dinding kapal terbang. Hanya untuk tempat duduk hadapan sahaja.


• Untuk makanan bayi atau anak kecil, anda perlu membuat makluman awal juga kepada syarikat penerbangan.


• Bawalah stroller. Anda boleh membawa stroller hingga ke pintu kapal terbang. Apabila sampai di airport yang hendak dituju, dapatkan semula stroller di tempat yang sama sebelum ke baggage claim area. Kalau tak pasti, bertanyalah pada kakitangan di sana / cabin crew.

• Apabila kapal terbang berlepas dan mula naik ke udara, telinga akan berasa sakit dan berdengung. Ini pastinya akan membuatkan bayi tidak selesa dan menangis. Untuk mengurangkan ketidakselesaan ini, susukan anak anda / berikan dia minum menggunakan botol ketika pesawat sedang berlepas. Lakukan yang sama ketika proses mendarat. (ALERT)

• Bawalah bayi berjalan-jalan di dalam pesawat apabila dia sudah kelihatan bosan.



Maka, dengan tips-tips berguna tadi InsyaAllah perjalanan kita akan lebih memudahkan. Kongsikan bersama ya....

No comments:

Post a Comment