photo 417272mey8pz5lfi-Copy.gif

Monday, January 13, 2014

TEKNIK FISIOTERAPI UTK KELUARKAN KAHAK PADA KANAK- KANAK

Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya baby akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah.    Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka. 

Teknik tepukan percussion. 

1. Pastikan baby dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut   
    dan bantal itu tidak terlalu tebal.

2. Condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala baby bawah 
    dan kaki di atas, pastikan kaki lurus. 

3. Bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan   
    kekuatan dari pergelangan  tangan untuk menepuk perlahan di belakang   
    baby. 

4.Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh baby    pula. 

Sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pakaikan anak baju atau dialas kain pada bahagian yg hendak ditepuk dan pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah. 









No comments:

Post a Comment