Wednesday, November 6, 2013

DOH BASE PIZZA


Dohbase pizza
Oleh:Khalida Kharudin
Like:www.facebook.com/bukuresepi

(boleh hasilkan 5 pizza, saiz sederhana 9-10inch)

Bahan base pizza:

  • 1kg tepung gandum
  • 1 peket yis + 2 1/2 cawan air suam + gula 5 sudu besar (kacau, biar 5 minit, pastikan yis hidup, ada bau masam, buih-buih)
  • garam 1 sudu besar
  • minyak masak 4 sudu
  • shortening 2 sudu *option
  • madu 2 sudu *option
  • bawang putih 1 ulas cincang halus *option
  • oregano setengah sudu kecil *option

Cara-caranya:
1) Sediakan campuran yis, air suam dan gula. Kacau sehingga sebati, warna air seperti air horlick dan ada bau masam. Pastikan air tak terlalu suam atau terlalu sejuk, suhu yang kurang sesuai boleh sebabkan roti pizza tak naik dan keras.
2) Sementara tunggu campuran yis naik buih, boleh sediakan adunan tepung. Sediakan mangkuk besar, masukkan tepung gandum. Gaul bersama garam, minyak masak, dan shortening.
3) Masukkan madu, bawang putih dan oregano. Gaul sehingga sebati dan tiada ketulan-ketulan kecil.
4) Buat lubang di tengah-tengah adunan tepung, masukkan campuran yis+air suam+gula.
5) Kacau perlahan, ambil sedikit demi sedikit tepung dari tepi bulatan lubang.
6) Uli sebati, sehingga tepung tak melekat di tangan. Kalau melekat, boleh taburkan tepung. Jika perlu, tambahkan air.
7) Biasanya proses uli makan masa 10-15 minit, sehingga doh gebu dan lembut. Kemudian biarkan doh didalam mangkuk, tutup dengan kain lembap dalam 20 minit.
Keluarkan doh dan sediakan tempat untuk canai doh. Tabur tepung untuk elakkan doh melekat. Canai doh dalam anggaran 9-10 inch saiz, tebal 1-1.5 cm (doh akan naik, jadi tak perlu tebal sangat).
10) Sapu loyang dengan butter atau marjerin, kemudian tabur tepung sebelum letakkan base yang telah dicanai tadi. Boleh letak topping kesukaan, keju dan bakar dalam masa 30-40 minit.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment