photo 417272mey8pz5lfi-Copy.gif

Thursday, September 5, 2013

Hari Lahir anak ibu.

Hospital Putrajaya yang canggih...
Pagi, 2 September 2013, Isnin. Ibu disuruh oleh jururawat segera mandi dan menukar pakaian pembedahan. Jururawat beritahu yang ibu merupakan pesakit yang kedua bakal dibedah hari ini. Pesakit pertama sudah pun dihantar ke OT, operation theatre. Ibu mulai berdebar, ibu mesej En. Suami agar segera datang ke hospital kerana ibu boleh dihantar ke OT bila-bila masa saja.

Kelibat Mama, melegakan ibu. Ibu sudahpun dipindahkan di atas katil troli. Mama cakap En.Suami sedang parking kereta. Mata ibu mulai bertakung. Ini kali pertama ibu hendak dibedah dan pembedahan ini merupakan sesuatu perjuangan yang perlu ibu menangi. Mama  turut mengikuti ibu ke OT, sementara itu En. Suami sudahpun dikhabarkan agar segera ke OT terus. Tidak perlu ke wad. Dalam hati ibu, tidak berhenti membaca doa Nabi Nuh dan berzikir. Ibu perlu tenang. Ibu perlu kuat. Demi anak dalam kandungan ibu. Sesampai di OT prosedur sama seperti di wad, jururawat bertugas bertanyakan nama ibu, no.ic, dan kenapa ibu perlu dibedah hari ini. Ibu jawab dengan yakin. Tapi, dalam hati masih berbisik rancak, ibu mahu bertemu dengan En. Suami sebelum ibu dibedah. Hati ibu terganggu lagi.

Troli katil ibu di tolak ke suatu sudut, tiada yang menemani ibu. Jururawat dan doktor begitu sibuk keluar masuk di pintu yang entah menghala ke mana. Ibu tidak peduli. Ibu mahu bertemu dengan En. Suami. Akhirnya, ibu segera memanggil seorang jururawat agar memanggil En. Suami di ruangan menunggu. Ibu yakin En. Suami ada di sana.

Lega hati ibu bila En. Suami datang menghampiri. Wajahnya tampak tenang tapi ibu tahu hatinya turut berdebar seperti ibu. Kami berpegangan tangan, mata ibu bertakung lagi. Sebak. Ibu meminta maaf atas segala kesalahan ibu terhadap En. Suami. Hati kembali tenang dan kekuatan datang untuk ibu berjuang hari ini. Hampir setengah jam ibu menunggu giliran bersama En. Suami. Dan kemudian, jururawat datang kembali meneruskan prosedur pembedahan. Sebak dada ibu di saat terpaksa pergi ke OT dan En.Suami perlu beredar ke ruangan menunggu.

peta ke HPjaya
Suasana di dalam OT begitu terang dan begitu sejuk. Doktor cakap suhu nya 18 darjah celcius supaya kuman tidak dapat hidup dalam suhu serendah itu. Nasib baik, berlapis-lapis selimut sudah di badan. Prosedur dimulakan dengan mencucuk ubat bius di tulang belakang ibu. Rasanya dua kali cucuk, tak sakit. Hanya seperti digigit semut. Ketika proses itu, ibu diminta duduk dan memeluk bantal. Ibu tahan nafas ketika ubat bius dimasukkan. Lebih selesa dan kurang sakitnya. Kemudian, ibu perlu tunggu seketika sebelum berbaring semula. Ibu mulai rasa kebas di kaki. Dalam hati masih tetap berzikir. Doktor berbangsa Cina, Lelaki huhuhu... yang mengetuai pembedahan ibu. Ibu dapat rasa yang dia test melukai perut ibu, tetapi ibu tidak merasa sakit. Itu bermakna ubat bius sudah berjaya. Salur kencing juga di pasang selepas bius. Ibu rasa sesuatu tetapi tidak sakit. OH! Gigi mulai bergetaran, ibu sejuk sangat.

Perut ibu di cuci bersih sebelum pembedahan, ibu dapat rasa sesuatu berlaku. Meja tempat ibu baring bergoyangan, ada asap ke udara. Mungkin guna laser kot bedah ibu. Ibu langsung tidak tidur dan mata cuba memerhatikan keadaan sekeliling. Suasana kerja yang relax dan tenang. Ada yang boleh berbalas SMS mungkin sebab kerjanya tiada, sebagai runner sahaja mungkin. Mulut ibu sudah ditekup corong oksigen, menggigil dalam kesejukkan ibu masih berkedip-kedip mata. Ibu baca 3 Qul, berzikir dan juga Doa Nabi Nuh di dalam hati. Tidak putus-putus ibu berdoa agar pembedahan ini berjaya dan anak ibu selamat dikeluarkan tanpa sebarang masalah.
Ibu daftar di sini kerana Ahad cuti...

Doa ibu dimakbulkan, tiba-tiba doktor panggil ibu yang seperti di dalam dunia ibu sendiri. "Tengok ya puan, anak lelaki ke perempuan?" Ibu terkejut... "Oh! Anak aku ke ni?  Putihnya!!" Itu yang ibu respon sendiri di dalam hati. "Perempuan..." Ibu tersenyum dan bersyukur sangat ketika itu. Perut ibu masih diperlakukan sesuatu. Ibu pejam mata. Tenang. Anak ibu di bawa pergi untuk dibersihkan. Set pakaiannya sudah ibu bekalkan sebelum pembedahan tadi. Beberapa lama kemudian luka ibu sudah siap dicantumkan kembali. Dan ibu dipindahkan ke bilik pemulihan.

Ah! Leganya di bawah sauna pemanas. Lama-kelamaan sejuk ibu makin berkurangan tetapi ubat bius masih ada. Jadi, ibu tidak rasa sebarang kesakitan. Anak ibu di bawa untuk ibu susukan. Jururawat membantu ibu untuk ibu membuat penyusuan pertama. Ibu lega kerana anak ibu dapat kolostrum yang mengandungi antibodi terhebat! Kekok juga ibu, tetapi melihat kecomelannya ibu rasa begitu bahagia. Putih gebu macam anak Jepun pun ada. Hidungnya mancung seperti En.Suami. Rupa-rupanya selepas anak ibu dibersihkan, dia di bawa ke En. Suami untuk di azan & di Qamatkan. Mama cakap En.Suami menangis tersedu ketika mendukung anak ibu buat kali pertama. Mungkin En.Suami terlalu bahagia bersyukur dengan anugerah terindah ini.

Hari pertama kelahirannya, sungguh comel kan.
Dilahirkan pada 2 September 2013, pada jam 11.08pagi di Hospital Putrajaya.
Kami berdua bersetuju akan menamakan puteri sulung kami ini pada hari ke-7 kelahirannya. Sunat.

No comments:

Post a Comment