photo 417272mey8pz5lfi-Copy.gif

Wednesday, October 2, 2013

Resepi Kimchi Halal

Ibu sekarang ni layan semula hobi ibu, menonton drama Korea.
So entry kali ni, terfikir nak kongsi resepi membuat KIMCHI, makanan yang wajib ada dalam cerita Korea. Setuju tak dengan ibu?
Ibu dah pernah makan masa ibu honeymoon bulan Februari lalu, kebetulan restauran kat hotel ibu menginap ada buat Korean Crusuine. Ibu memang makan sungguh-sungguh. Rasanya tak pedas sangat dan agak masin la... Not bad... Sambil makan, terbayang-bayang hero heroin citer Korea...hehehe~
Resepi Kimchi paling mudah and halal ni from maangchi ..
Cuba lah sendiri ya.... (^^,)V

Bahan-Bahan 
2 kobis panjang or napa cabbage (3.6kg)
garam secukup rasa untuk melumur pada kobis,
1 lobak putih, (jika tak suka tak letak pun takpe)
Bahan bubur,
1/2 cup sweet rice floor (boleh guna tepung pulut) 
1/4 cup sugar
3 cup air
Bahan untuk kimchi pes
3 tablespoon serbuk cili Babas ( ikut kepedasan)
1 cup sos ikan
2 large daun bawang,
Blender:
1 bawang besar
3 ulas bawang putih, 
1 inci halia, 
(boleh letak oyster sauce kalau suka)


Cara membuatnya
Kobis selepas direndam 4jam dengan garam...
1. Basuh kobis sebersihnya.
2. lumur kobis dengan garam, pastikan rata, 
3. Biarkan 4 jam 
4. Basuh kobis dan bilas 3 kali,
4. toskan kobis and tekan bagi kobis jangan berair sangat.  
bubur...
Bubur untuk kimchi.
1. campurkan tepung pulut dengan air dan panaskan sampai keluar bubble.
2. masukkan gula dan kacau dalam 1 minit, tutup api biarkan sejuk.
Pes Kimchi
Pes Kimchi
3. blender bawang besar, bawang putih, halia
4. potong daun bawang saiz sederhana ikut korang,
3. dalam bekas yang lain masukkan semua bahan kimchi paste bawang besar, bawang putih, halia, sos ikan, serbuk cili, daun bawang
4. campurkan kimchi paste dengan bubur.
5. rasa kimchi paste kalau tak cukup pedas tambah cili, tak cukup masin tambah sos ikan. tapi pastikan jangan masin sangat sebab kobis dah masin,
Kimchi yang sudah siap...
Kimchi 
6. ambil kobis masukkan dalam bekas kimchi paste lumur kimchi paste dengan kobis panjang, pastikan rata.
7. tekan kimchi supaya air kobis keluar sebelum letak dalam Tupperware. 
8. masuk dalam fridge, tunggu 24 jam

Ibu rasa tentu ramai yang ingin mencubakan. Nyum! Nyum!

No comments:

Post a Comment