photo 417272mey8pz5lfi-Copy.gif

Saturday, September 21, 2013

4 Hari di Wad 2B

Lumrah, sesiapa wanita yang bersalin secara pembedahan akan dipantau dan di rawat paling kurang 3 hari.Ibu masih berbaring dan jururawat yang tukarkan maternity pad ibu. Kesan ubat bius pada hari pertama ialah rasa gatal merenyam di muka. Macam alergi makanan laut pun ada. Hari kedua, gatal miang itu merebak ke seluruh badan. Aduhai, tangan ni usah cakaplah memang nak menggaru saja. Apabila ubat bius mulai berkurangan, kaki sudah boleh bergerak. Sudah malam tadi tak tidur memangku anak ibu hingga ke pagi. Nasib baik ada nursing pillow. Tangan tak lenguh mana. Lagipun anak ibu ringan je, 2.58kg. Tengok anak ibu tidur lena, rasa tenang sangat. Ibu lupa rasa sakit ibu. 

KakNgah yang sediakan makanan untuk ibu sebab Mama temankan ibu semalaman di hari pertama selepas bersalin. Lapar tunggu En.Suami yang penyabar setia berulang alik dari Nilai ke Putrajaya setiap hari. Yelah, boleh datang pada waktu melawat je. (Tengahari 12:00-2:30 dan Petang 4:30-7:00). Sepanjang di wad ibu berkenalan dengan Kak Suraya yang selamat bersalin c-section macam ibu pada minggu kandungannya ke 36. Anak kembar lagi tu. Mama banyak membantunya juga kerana pada hari pembedahan baru ibunya datang melawat. Mama memang jenis peramah dan mudah mesra. Boleh masuk pasukan sukarelawan ni. 

Malam kedua, ibu di datangi seorang jururawat. Sebenarnya, ibu sudah memerhatikannya pada hari pertama masuk wad. Mukanya seperti ibu kenal. Ibu bertanya namanya. "Shahira" Ibu bertanya lagi tentang asalnya. Ya! Dia adalah rakan sekelas ibu di Abu Bakar School, Mentakab. Kelas 6 Putih. Sungguh tidak disangka. Sepanjang ibu di wad, Shahira lah yang merawat dan memeriksa kesihatan ibu dan anak pada waktu malam. Lupa pula ibu nak minta nombor handphonenya. Bayangkan dari darjah 6 hingga umur ibu sudah 27tahun, baru berjumpa lagi. Kecil dunia ni.

Ibu terpaksa bermalam sehari lagi, kali ini ibu rasa sangat mencabar. Ibu perlu uruskan anak sendirian kerana tiada lagi peneman dibenarkan. Terkial-kial ibu ke tandas. Seksa tapi ibu perlu bergerak supaya darah berjalan. Ibu disuntik dua kali untuk mencairkan darah. Bengkak lengan, bengkak pula paha ibu. Tapi, ibu redha demi menjamin kesihatan ibu. Lagipun, ibu perlu kuat untuk menjadi seorang IBUkan. Ibu beberapa kali terlena ketika menyusukan anak. Jururawat yang datang kejutkan ibu, bimbang anak terjatuh katanya. Ibu memang tak dapat tidur, mungkin ibu terlalu risau dan kekok lagi. 

Hari ketiga, anak ibu di periksa. Shahira cakap sudah nampak kuning. Anak ibu diletakkan di bawah phototheraphy dan kami dibenarkan pulang apabila bacaannya ok. Luka ibu juga kering cuma ibu kecewa kerana ada kulit ibu yang terkelupas ketika doktor muda mencabut pita pelekat. Pedih sangat bila disembur pada luka untuk elak infection. Terpejam mata ibu menahan pedih. Nak marah doktor pun tak sampai hati. Redha jelah.....

Leganya dapat pulang ke rumah.

No comments:

Post a Comment