photo 417272mey8pz5lfi-Copy.gif

Sunday, September 1, 2013

Sehari Sebelum C-Section

Setelah tunggu lebih daripada seminggu. Anak ibu masih belum mahu berpusing. Nampak gayanya ibu terpaksa juga menjalani pembedahan secara c-section. Menurut Doktor Pakar Bius (Hospital Putrajaya), pembedahan yang dirancang boleh mengurangkan risiko. Doktor dapat membuat persiapan rapi berbanding dengan pembedahan kecemasan. Ibu bakal di beri suntikan bius (spinal).

cuba dengar dari perut En Suami..eh eh eh...
bersantai petang...
nak buat babak romantik la kunun :)
cinta hati kami berdua...
En Suami muah muah muah kat perut ibu...
 Tengahari 1hb September 2013, Ahad. Ibu ditemani En. Suami, Mama dan KakNgah untuk mendaftar masuk ke wad. Malangnya tiada katil kosong, jadi nama ibu dimasukkan ke dalam senarai menunggu (yang ke-5). Memandangkan kami masih belum solat zuhur, kami ke Masjid Putrajaya untuk menjalankan kewajipan. Ini kali pertama kami bersolat di situ. Besar dan sangat selesa. Ramai pelancong berbagai bangsa dan agama. Jubah disediakan untuk menutup aurat bagi menghormati kesucian masjid. Ketika itu hujan renyai menyambut kedatangan kami.

sekitar kawasan di dalam Masjid Putrajaya...

Selepas solat, kami menghabiskan masa dengan bergambar. Bila ibu tengok kembali gambar ibu, aduhaiiii... muka ibu memang nampak tak berseri. Sarat sangat dah bila masuk minggu ke-38 ni.

memang kembong dah pun...
ibu cuba juga buat muka comey... hehehe...

merenung perutku yang tengah sarat....
terasa berat... memang dah berat ada nyawa di dalam kan...hehehe
tudung ibu dah macam apa, angin begitu kuat....
nak try jadi model ibu mengandung..jadi tak?
Dalam perjalanan mengelilingi Putrajaya, BFF ibu kol, Bad. Dia ingatkan ibu untuk beli nursing pillow. Alaaa... yang bentuk 'U' tu. Bad cakap sesuai untuk ibu yang C-Section, senang nak menyusu anak ibu nanti. Jadi, kami mengambil keputusan untuk singgah ke Alamanda Mall untuk cari. Puas jugalah keliling siap masuk Parkson. Tetapi akhirnya, tuah ibu di sebuah butik tingkat 2. Lupa pula nama butik ibu itu. Ibu beli sebuah nursing pillow jenama BumbleBee. Siap dapat 20% diskaun. Senyum ibu seronok dapat diskaun.

Alamak! Ibu penat nak berjalan, perut ibu asyik mengeras. Adakah itu tanda awal contraction??? Ibu pujuk anak ibu sabar.... Lama ibu berdiri, tahan sakit takut nak berjalan. Bila dah lega sikit, ibu cakap kat En.Suami nak pergi KFC di tingkat 1. Ibu ni memang die hard fan KFC. Bulan puasa lalu rasanya dekat 7 kali pergi berbuka di KFC. (Alhamdulillah, ibu puasa penuh tahun ni). Perut ibu mengeras lagi. Ibu buat panggilan ke KakNgah dan Mama yang kami tunggu di KFC. Rupanya, mereka sedang shopping blouse di Parkson. Hehehe.. sempat lagi tu mereka. Apabila sudah lewat petang, kami mengambi keputusan untuk ke Hospital Putrajaya, di Presint 7. Kami solat di sana lagipun ibu rasa penat dan tidak selesa. Alhamdulillah sebelum maghrib, ibu dapat panggilan dari tempat pendaftaran.

Ibu ditempatkan di wad 2B, Wad O&G di tingkat 2. Bilik yang selesa, bertirai, ada aircond juga terdapat tandas & bilik air di dalamnya. Terdapat juga 4 katil. Malam itu ibu tidur sendirian sebab tiada pesakit ditempatkan di bilik itu. Ibu menghabiskan masa dengan menonton TV di bilik rehat. Mulai jam 12 tengah malam ibu perlu puasa untuk persediaan pembedahan esok pagi.  Debaran ibu belum terasa kerana ibu tidak tahu apa yang perlu ibu fikirkan.

Semoga Allah selamatkan ibu dan kandungan ibu. Aamiin.



No comments:

Post a Comment