photo 417272mey8pz5lfi-Copy.gif

Wednesday, August 21, 2013

Bayi Ibu Menyongsang (Breech)

...Kehamilan anak sulung begitu mengujakanku. 
Namun selepas temujanji Doc di Hospital Putrajaya yang lalu, bayi ibu masih menunjukkan posisi menyongsang. Maksudnya, kepala masih di atas bukan di bahagian bawah. Ini menyebabkan kelahiran normal berisiko untuk kami berdua. Orang dulu-dulu, mereka tetap bersalin normal, mana ada kemudahan macam sekarang. Cuma, BIDAN dulu sangat hebat dan pandai dalam kerja-kerja perbidanan mereka. Nak betulkan kedudukan bayi songsang pun tiada masalah. Sekarang, aku memang takkan berani nak berurut dengan mana-mana bidan pun untuk betulkan kedudukan bayi. Banyak kes terjadi bayi meninggal kerana terbelit tali pusat. Nauzubillah.... Mohon di jauhkan daripada perkara-perkara yang tidak diingini itu.


Bayiku di posisi menyongsang.....
Ibu kini sudah menjangkaui kehamilan minggu ke 37. Doktor telah memberi ibu dua pilihan, betulkan kedudukan bayi (itupun jika bayi tidak melawan la...) atau bersalin secara pembedahan (Caesarean section). Doc yang akan pegang bayi ibu dan pusingkan secara manual. Oh, tidak! Ibu tak sanggup untuk menghadapi sebarang risiko. Ada yang cakap boleh terbelit tali pusat la... Lagipun, menurut Doc memang proses itu agak menyakitkan dan perlu tunggu seminggu lagi untuk lihat kedudukan bayi. Jika normal, barulah ibu boleh bersalin normal. Selepas berbincang dengan En. Suami, kami bersetuju untuk lakukan C-Section sahaja. Namun, jika di saat akhir bayi ibu berpusing kedudukan normal, proses bersalin normal akan dijalankan. Paksa la kot...

Memandangkan tarikh pembedahan adalah awal dua minggu dari due date (EDD), Mama ibu agak kurang selesa. Dia bertanya kenapa tak nak tunggu due date baru lakukan pembedahan. Ibu pening juga  nak terangkan kepada Mama sebab musababnya. Puas juga ibu korek maklumat kenapa Doc bagi tarikh awal dua minggu.

Jadi, ini lah antara sebabnya:
  1. Pembedahan Caesarean yang dirancang akan memberikan anda, suami anda dan kakitangan hospital masa persiapan yang cukup.
  2. kelahiran melalui caesarean mungkin dapat mengurangkan risiko kecil rahim anda jatuh (prolaps). 
  3. Walaupun ibu nanti akan rasa sakit pada bahagian perut, mungkin ibu tidak akan mengalami ketidakselesaan yang diakibatkan oleh kelahiran normal. Ini termasuklah:
    • Kesakitan daripada calar dan jahitan pada bahagian di antara faraj dan dubur (perineum).
    • Kebocoran air kencing, sewaktu bahagian di sekitar faraj anda sedang dalam proses penyembuhan.
Sehingga kini, ibu melakukan usaha berterusan juga agar bayi ibu mengubah kedudukannya. Walaupun masih tidak menunjukkan sebrang tanda dia ingin berpusing tapi dia cukup aktif bergerak. Bergelombang selalu permukaan perut ibu. Kadang-kadang, ketika hendak membuang air kecil dia pasti menendang bahagian bawah perut ibu. Iyalah kan kakinya di bawah. Cuma ibu kerap mengah dan sakit belakang kalau duduk tanpa bersandar.

Ibu dapat pelbagai kaedah dari kawan-kawan ibu.
Ini antara kaedah yang boleh dilakukan untuk mengubah posisi bayi di dalam rahim:
 1. Merangkak
Luangkan lebih byk masa utk berada di dlm keadaan seperti merangkak. Dgn melakukan posisi sebegini, graviti dipercayai dpt menarik kepala bayi ke bawah. Anda disarankan utk berada dalam posisi merangkak setiap hari sambil membaca majalah, buku atau surat khabar.

2. Kaedah panas - sejuk
Letakkan pek ais pada bahagian atas rahim anda. Manakala di bahagian bawah rahim pula, letakkan bekas yg berisi air suam. Bayi anda akan cenderung utk bergerak ke arah sumber haba.

3. Pek ais
Letakkan pek ais di atas perut. Namun anda dinasihatkan utk melapik perut dgn kain terlebih dahulu. Tujuan penggunaan pek ais ini ialah utk menimbulkan rasa tidak selesa kepada bayi. Oleh yg demikian, diharap dia akan mengubah kedudukan dan berpusing ke bawah.

4. Berendam di kolam renang
Amalan ini sama konsepnya seperti penggunaan pek ais yg diletakkan di atas perut. Tujuannya bagi menggalakkan bayi utk memusingkan kepalanya ke bawah.

5. Menyanyi dan bercakap
Rakamkan suara anda menyanyi ataupun bercakap kepada bayi. Mainkan rakaman berkenaan berulang kali dengan menggunakan headphone berdekatan dgn tulang pubik bagi menggalakkan bayi bergerak mendekati suara anda.

6.Senaman tilt position
Kaedah senaman ini sama seperti anda sujud ketika bersolat. Oleh sebab itu, ketika melakukan sujud, anda sangat digalakkan utk melakukannya lebih lama daripada biasa. Pada masa yg sama, anda boleh memohon doa agar bayi berkeadaan normal terutamanya pada sujud terakhir.
Menurut pendapat pakar anda boleh melakukannya dalam jumlah masa 20 minit sehari. Kelebihan di sebalik senaman ini ialah kepala bayi akan turun ke bahagian yg sepatutnya.

7. Lampu suluh
Penggunaan cahaya daripada lampu suluh dipercayai dapat membantu bayi bergerak ke kedudukan normal. Caranya ialah dengan menghalakan lampu suluh ke bahagian tulang pubik atau bawah pusat. Tujuan ia dilakukan ialah utk membolehkan bayi bergerak ke arah cahaya.

8. Pujukan
Anda dinasihatkan supaya kerap berbual bual dgn bayi sambil memujuknya supaya berada di kedudukan yg betul.

9. Doa
Banyakkan berdoa dan melakukan solat hajat agar bayi berkedudukan normal bagi membolehkan anda melahirkannya tanpa melalui komplikasi kelahiran yg lainnya.



Doa Nabi Nuh dalam perut ikan nun.


Terjemahan Bahasa Rumi

"Lā 'Ilāha 'Illā 'Anta Subĥānaka 'Innī Kuntu Mina Až-Žālimīna"

Maksudnya:

"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim." Surah Al-Anbiyak : Ayat 87 - See more at: http://www.doaharian.mytoha.net/2012/06/doa-nabi-yunus-dalam-perut-ikan.html#sthash.GVE4Gh8W.dpuf

Terjemahan Bahasa Rumi

"Lā 'Ilāha 'Illā 'Anta Subĥānaka 'Innī Kuntu Mina Až-Žālimīna"

Maksudnya:

"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim." Surah Al-Anbiyak : Ayat 87 - See more at: http://www.doaharian.mytoha.net/2012/06/doa-nabi-yunus-dalam-perut-ikan.html#sthash.GVE4Gh8W.dpuf
Ada juga kawan-kawan yang suruh amalkan ayat Doa Nabi Nuh, Surah-surah pilihan seperti Surah Maryam & Surah al Kahfi,  dan juga Bacaan Bismillah 6kali (diulangi 3 kali) dan dihembuskan ke perut.
Kurang dua minggu saja lagi untuk ibu membuat persediaan menimang cahayamata sulung ibu. Segala ketentuan yang Allah beri, ibu terima dengan redha. Ibu masih berusaha. En. Suami begitu baik melayani ibu yang kian sarat ini. Alhamdulillah, segala pujian hanya pada-Mu ya Rabb. Moga Allah permudahkan segalanya. InsyaAllah. #ibumenyayangimu


No comments:

Post a Comment