photo 417272mey8pz5lfi-Copy.gif

Wednesday, October 2, 2013

Suntikan Vaksin Hepatitis B

Alhamdulillah, Eryna sudah pon genap satu bulan usianya. Anak yang tidak banyak ragamnya, sesekali menangis jika lambat menyusu. Awal pagi En.Suami dan ibu membawa Eryna ke klinik (Kuarters KLIA). 

Sampel darah akan diambil di tapak kaki, dan suntikan HepB di paha kananya,,,
 Sesampai di klinik, rupa-rupanya ibu juga perlu membuat pemeriksaan kerana sudah sebulan selepas bersalin. Ujian HBG darah & urine. Ini lah kali pertama ibu menggunakan tandas cangkung selepas bersalin pembedahan 2 September lalu. Alhamdulillah, tiada rasa sakit. Nampaknya ibu sudah boleh menggunakan tandas cangkung seperti biasa. Keputusan makmal menunjukkan air kencing ibu kotor, +1 kandungan protein. Tetapi, HBG darah 13.0.... masih bagus seperti mengandung dulu. Jururawat menasihatkan ibu meminum air barli (manis-manis buah jer....) dan banyak minum air masak (rasanya banyak sangat dah minum walaupun berpantang). 
 Sekembali dari makmal, Eryna sudah pun diambil darahnya. Sampel darahnya akan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk diuji mencari punca prolonged jaundicenya. Moga tahap kuning Eryna masih di tahap tidak membimbangkan. Aamiin. Agak lama kami terpaksa menunggu untuk dapatkan suntikan dos kedua Hepatitis B. Jam sudah 11 lebih, seorang jururawat memanggil kami. Eryna ditimbang beratnya (2.95kg), panjang badannya (53cm) dan ukur lilit kepalanya (33cm). Tetapi, BMInya masih belum ideal. Pastinya kami akan lebih berusaha selepas ini.
vaksin Hepatitis B
Di bilik pemeriksaan 13, Eryna menangis, ibu menyusuinya dahulu sementara jururawat dapatkan pengesahan doktor adakah Eryna boleh mendapat suntikan sedangkan masih kuning lagi. Doktor membenarkannya. Di bilik suntikan, En Suami yang mendukung Eryna. Ibu tidak sanggup nak tengok. Dari luar, dengar jeritan kuat Eryna. Nampaknya selesai sudah suntikan bulan pertama Eryna. Semoga sihat sejahtera ya anak ibu. Aamiin.

No comments:

Post a Comment