photo 417272mey8pz5lfi-Copy.gif

Wednesday, November 6, 2013

STRAWBERRY & LEMON SNOW CHEESE CAKE

 Entry kali ni ibu nak share resepi kek...nyum! 
Selamat Mencuba....
STRAWBERRY & LEMON SNOW CHEESE CAKE
Oleh:Al Ummu Al Payid
Like:www.facebook.com/bukuresepi

Bahan :
* kek sponge:
150g tepong super fine
150g gula kastor
5 biji telor gred A
1 sudu besar ovalette
80ml air
80ml minyak / mentega cair
1 sudu kecil serbuk penaik
pewarna merah & kuning lemon
perisa strawberi & lemon

* krim :
1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)
2 - 3 sudu besar mentega
1/3 cawan susu pekat manis

~Satukan cream cheese dgn mentega dan putar hingga gebu (tidak berketul)
Masukkan susu pekat dan putar lagi hingga sebati. Ketepikan.

* topping:
keju cheddar secukupnya ~ boleh guna kraft atau brand lain asalkan dlm bentuk ketul/bar

~ parut halus keju cheddar dan ketepikan.

Cara:
Sediakan 2 tin pembakar bulat ukuran 8inci, griskan dasarnya dan lapik dgn kertas baking.
:Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan.
:Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi ni terletak kepada kalajuan pengadun)
:Perlahankan kelajuan dan masukkan air.
:Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 2 minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
:Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk/spatula sehingga sebati.
:Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu dimasukkan pewarna merah dan perisa strawberi dan satu bahagian lagi dimasukkan pewarna kuning lemon dan perisa lemon. Gaul sebati.
:Tuangkan adunan ke dalam loyang yg berasingan yg dah digris tadi dan bakar selama 20 - 25 minit atau hingga masak pada suhu 170 - 1175C.
:Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.
:Keluarkan kek dr loyang dan biarkan kek betul2 sejuk sebelum dihias.

Cara assemble/hias kek:
Sapukan krim cheese diatas kek yg berperisa strawberi dan letakkan kek yg berperisa lemon diatasnya.
Kemudian sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
Taburkan keju yg diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
Boleh la dihias mengikut citasara masing2
Sejukkan kek dlm peti ais lebih kurang 1 - 2 jam sebelum dihidangkan.

Selamat mcuba (^_^)

Tuesday, November 5, 2013

Cucuk 2 Bulan

Alhamdulillah, anak ibu kini sudah pun 2 bulan pada 2 November lalu. Ibu dan Ayah lewat ke klinik. Hampir pukul 12 tengah hari baru sampai di klinik. Maklumlah ayah perlu keluar pejabat. Bukannya jauh tapi takdelah dekat sangatkan. Terkejor-kejor jugalah ibu memandikan Eryna. Bangun lambat kami maklumlah jenis tidur lepas subuh. Qada' tidur berjaga malam.

Ibu tak sempat bersarapan pun, tapi Ayah memang memahami. Ayah bawa roti kesukaan ibu.. Potato Bread. Nyum! Nyum! makan sebuku alas perut. Eryna pun ibu susukan. Dan, mesti #EBM pon ibu dah sediakan. Yelah, kalau di klinik agak leceh kalau nak direct breast feedingkan.


Di klinik, macam biasalah perlu ukur tinggi dan berat. Haa... Eryna dibaringkan dan kepala perlu mencecah hujung dinding. Ukuran diambil. Kemudian, Eryna perlu berbogel (comeynya bambam! anak ibu) dan ibu letakkan atas penimbang. Alhamdulillah, Eryna dah naik sekilo. Bulan lepas 2.95kg, bulan ni dah 3.9kg. Dengan, kepalanya yang dah botak (dibotakkan pada hari lahirnya yang ke 2bulan...hehehe) memang sangat comel!!!


Di bilik rawatan, nurse tanya la pelbagai soalan. Dan juga maklumkan yang tinggi dan berat Eryna normal. Geramnya result darah Eryna sebulan lalu tiada dalam simpanan. Dah di bawa oleh jururawat desa kawasan kami tinggal. Next Jumaat kena datang semula untuk berjumpa doktor berbincang apa patutlah. Doa ibu Eryna dah sihat sepenuhnya dari kuning dia tu. Tengok macam dah tiada jer....

Ayah yang pegang Eryna untuk dicucuk di paha. Tiga serangkai dalam satu jarum suntikan. Eryna ibu ni sangat kuat, sedikit je menangis dan alhamdulillah hingga kini dia masih belum demam. Sayangggggg anak ibu yang manja dan kuat ni.



Semoga terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. aamiin.

Monday, November 4, 2013

Eryna sebulan...

sayu..nak tidur...
hehehe... ibu #throwback jap. Maklumlah busy sangat.
Anak ibu sebulan pada 2/10 lalu.
Seorang anak yang sangat comel dan tidak banyak meragam.
Cuma oleh kerana kuningnya lambat sembuh Eryna mungkin sedikit meragam.

Eryna naik sedikit dari berat mula lahirnya. 2.58kg menjadi 2.95kg. Kecil comel anak ibu.
Melihatnya membesar dengan sihat menjadikan ibu lebih bersyukur dan semangat,
Sekarang ni, kalau shopping online pun nampak barang baby jer.

Anugerah terindahku. #Alhamdulillah

pipi Eryna makin bam-bam...